suria

Ameera Khan bakal dikenakan tindakan gara-gara rakam dan ‘post’ sedutan filem House Of Gucci

Ameera dikecam rakam sedutan dalam filem House Of Gucci.

TINDAKAN adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan berkongsi beberapa rakaman sedutan filem House Of Gucci menerusi Instastory mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakannya itu berikutan filem berkenaan masih belum ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia.

Seorang pengguna Twitter membangkitkan mengenai isu ini dan meminta pihak pawagam iaitu Golden Screen Cinema (GSC) mengambil tindakan terhadap personaliti media sosial ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hello Neelofa... tak tahu ke benda awak buat ni illegal?” - Netizen bengang filem The Lion King 'bocor'

ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan ‘menghilang’, Little Miss Khan kembali di laman sosial - “Hati baru tiada siapa boleh hancurkan!”

"Hi GSC Cinema mengapa (tindakan) ini dibenarkan di panggung wayang anda? Dan, mengapa masih buat benda ini?" tulis pemilik akaun Arsya Ridzuan.

Tidak menunggu lama, pengendali akaun GSC memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap Ameera kerana merakam tanpa kebenaran.

ameera 2

GSC jawab tweet yang ditulis seorang pengguna Twitter.

"Melakukan rakaman kandungan filem adalah dilarang. Kami mengambil serius tentang perkara ini dan telahpun menghubungi dan melaporkan insiden berkenaan kepada pemilik sebenar untuk tindakan lanjut. Terima kasih kerana melaporkan.

"United International Pictures sudah sedia maklum tentang perkara ini untuk tindakan lanjut pihak mereka. Terima kasih," balas pengendali akaun.

ameera 3

Ameera tidak mengulas lanjut mengenai isu ini.

Meskipun isu ini menjadi perbualan hangat di media sosial, Ameera dilihat terus mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respon.

House Of Gucci yang dibintangi Lady Gaga, Adam Driver dan Jared Leto akan memulakan tayangan di pawagam Malaysia bermula 13 Januari ini.

Difahamkan, Ameera antara jemputan yang menghadiri tayangan khas filem berkenaan bersama-sama wartawan, penulis blog dan personaliti media sosial baru-baru ini.

Pada Julai 2019, Neelofa turut dikecam netizen kerana berkongsi rakaman sedutan filem The Lion King di laman Instastory.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain