suria

Lelaki Nigeria lebih penyayang, Vicha tolak cinta jejaka Melayu

Vicha kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.

TRAUMA dengan kegagalan rumah tangga pertama menjadi punca pelawak Vicha merahsiakan perkahwinan keduanya sejak tiga tahun lalu.

Vicha, 34, yang berkahwin dengan jejaka Nigeria menganggap hal rumah tangga bukan sesuatu yang menarik untuk dikongsi kepada umum.

"Ketika kami bernikah pada Ogos 2018 ada kawan-kawan yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Vicha Saywho jatuh sakit, bimbang keadaan anak-anak di Indonesia - “ Dua tahun tak jumpa... penjaga mereka positif Covid-19”

ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab tak halang Vicha melawak di pentas MLM2021, sedia bawa watak romantik - “Yang penting Allah tahu niat saya”

"Malah kalau ada terserempak dan bertanya pun saya akan mengaku dia suami saya. Tiada niat untuk sorokkan perkahwinan.

"Cuma bagi saya, kanapa perlu kongsi di media sosial? Ada ke orang yang nak ambil tahu? Jadi saya biarkan sahaja," jelas Vicha kepada mStar.

Sebelum ini, pelawak asal Indonesia ini mendedahkan sudah berkahwin kali kedua dengan lelaki yang mahu dikenali sebagai Johnson, 32, pada Ogos 2018.

Vicha 2

Vicha rahsia perkahwinan kerana trauma kegagalan rumah tangga pertama.

Pasangan ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.

Berkongsi lanjut tentang perkahwinan itu, Vicha berkata dia sudah mengenali lelaki tersebut sejak tujuh tahun sebelum mereka mengambil keputusan berkahwin.

Tambahnya, dia mengenali Johnson ketika bertemu dalam sebuah majlis anjuran rakannya.

Pasangan ini dinikahkan oleh seorang ustaz warga Indonesia yang memiliki sebuah madrasah di Lembah Klang.

Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu.

VICHA

PELAWAK

"Syukur Tuhan permudahkan segala urusan dia memeluk Islam dam pernikahan kami.

"Pada awalnya kami rancang untuk adakan majlis ketika itu, namun faktor kewangan tidak mengizinkan. Jadi kami lakukan yang wajib sahaja. Ada perancangan akan mengadakan majlis nanti," ujarnya.

Sementara itu, Vicha mengakui suaminya seorang yang penyayang dan sentiasa memberikan sokongan.

Malah, kata Vicha dia juga pernah menolak cinta lelaki Melayu gara-gara ditipu dan tidak setia.

Vicha 3

Vicha akui lelaki Nigeria lebih prihatin.

"Ketika mula jumpa dulu dia agak sombong dan tidak banyak cakap. Saya yang mula mendekati dia kerana ada ciri-ciri lelaki pilihan yang saya mahukan.

"Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu, ada yang kantoi sudah punya pasangan.

"Belajar dari pengalaman perkahwinan sebelum ini, jika lelaki menipu saya akan tinggalkan terus.

"Dengan Johnson, saya rasa berbeza. Dia berikan saya perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah saya dapat selama ini," katanya yang belum bersedia mendedahkan wajah suaminya itu.

Vicha sebelum ini pernah berkahwin dan sudah mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Kesemua anaknya masih berada di Indonesia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain