suria

Dulu cipta lagu untuk artis, kini DJ Fuzz fokus buat ‘jingle’... Seronok dapat bantu usahawan tempatan berjaya

DJ Fuzz kini fokus hasilkan jingle produk.

NAMA DJ Fuzz sememangnya cukup popular sebagai seorang penerbit muzik yang telah menghasilkan banyak lagu untuk artis popular tanah air.

Namun ramai tidak tahu dia kini adalah orang penting di sebalik penghasilan nada pesona (jingle) bagi produk-produk popular yang kerap dimainkan di radio dan media sosial.

Biarpun tidak lagi sama seperti dunia glamor sebelum ini, namun DJ Fuzz amat berbesar hati dapat membantu ramai usahawan tempatan meningkatkan lagi jualan produk mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Fuzz tak sangka lagu ciptaannya di kem penulisan bakal dinyanyikan artis Taiwan - “Doakan lagu ini jadi hit, mana tahu boleh masuk carta di sana”

"Sekitar tahun 2017 perniagaan saya sebagai sebuah syarikat rakaman tidak begitu memberansangkan. Jadi saya ubah strategi mendekati usahawan untuk menghasilkan jingle produk mereka.

"Saya tubuhkan syarikat Mixology Media yang memberi fokus untuk pasarkan produk mereka. Bukan sahaja menghasilkan jingle malah turut mencari mana-mana influencer untuk bantu dari segi pemasaran.

"Jika dilihat dari sudut glamor memang ia tidak seperti dahulu. Namun ia sebenarnya meningkatkan lagi kerjaya saya sebagai seorang penerbit muzik," ujar DJ Fuzz.

dj fuzz 2

DJ Fuzz seronok dapat bantu usahawan tempatan.

Meskipun sudah mempunyai nama besar dalam industri muzik, itu tidak bermakna DJ Fuzz meletakkan harga terlalu tinggi kerana niatnya adalah untuk membantu usahawan tempatan meningkatkan perniagaan mereka.

"Sebagai penerbit untuk seorang artis, lagu tersebut adalah sebagai produk akhir. Namun dalam perniagaan ini, lagu yang saya hasilkan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang produk mereka.

"Saya tidak meletakkan harga terlalu tinggi dan apa yang dihasilkan adalah mengikut bajet sesebuah syarikat. Apa guna melabur duit banyak untuk sebuah lagu jika tidak mampu untuk tingkatkan jualan produk.

Lagu yang saya hasilkan untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang produk mereka.

DJ FUZZ

KOMPOSER / PENERBIT

"Saya lebih senang sekarang ini. Di luar negara ramai penerbit muzik yang telah juga mencipta jingle untuk produk. Kerja baharu ini turut menaikkan lagi kerjaya saya sebagai seorang produser," jelas DJ Fuzz.

DJ Fuzz kini lebih fokus pada bidang baharu

DJ Fuzz kini aktif cipta jingle produk.

Tambahnya lagi penghasilan jingle atau mungkin sebuah lagu penuh adalah pelengkap dalam dalam strategi pemasaran sesebuah produk.

Pengguna kini akan lebih tertarik untuk memberi produk yang mudah mendapat perhatian dan semesti ada lagu yang sering melekat di telinga mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain