suria

[VIDEO] Vida tak puas hati Ashira suka kerja cuci pinggan, rendahkan ‘level’ artis

MENYIFATKAN hanya mencemarkan kerjaya sebagai artis, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida meminta penyanyi Ashira berhenti daripada mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan.

Kata Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, walaupun tidak berniat untuk menghina kerjaya berkenaan namun menurutnya Ashira tidak sepatutnya merendahkan imej sendiri dengan melakukan kerja-kerja berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida terkilan tak sempat bantu arwah Gmie, terlepas pandang kerana sibuk urusan kerja

ARTIKEL BERKAITAN:Takut orang berharap gaji jadi PA Vida RM10,000, Iqbal tunjuk bukti hanya dibayar RM2,000

"Saya cakap pada Ashira, dia cantik... you cannot downgrade yourself dengan kerja mencuci pinggan.

"Tak elok la kerana dia artis dan ada banyak lagi kerja yang dia boleh buat selain daripada itu. Tapi Ashira kata tak apa, dia nak tolong kawan katanya.

dsadas

Komen Vida mendapat reaksi negatif daripada netizen di Instagram.

"Kerja mencuci pinggan itu tak salah. Cuma dengan kebolehan, kemahiran dan wajah yang jelita itu ada lagi kerja lain yang lebih sesuai dengannya," katanya kepada mStar pada Rabu.

Sebelum itu mStar menyiarkan kenyataan Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menjelaskan tentang kerja sambilan yang dilakukannya secara suka-suka.

Ujar Ashira dia bukan bekerja secara tetap sebaliknya hanya diberikan 'token' selepas menolong rakannya yang mengusahakan kedai makan pada setiap hujung minggu.

Bagaimanapun penjelasan Ashira itu tidak disenangi Vida apabila dia meninggalkan komen di Instagram mStar mengatakan sudah memberi amaran kepada Ashira agar berhenti daripada bekerja mencuci pinggan.

"Saya dah bagi amaran kat isteri Bad Indigo ni, tak payah la kerja tu. Awak tu cantik, lembut dan sopan.

"Kesian tau, level artis kena kerja cuci pinggan," tulisnya.

Kerana saya kesian dengan dia, Ashira seorang yang ikhlas dan baik... lalui dugaan seperti ini dalam rumah tangga.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

Komen tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap kenyataan Vida itu menghina pekerjaan pencuci pinggan.

Bagaimanapun, Vida berkata dia hanya mahu yang terbaik buat Ashira.

"Jangan bersikap skeptikal dengan kenyataan saya memberi amaran itu. Bukan nak menghina orang yang kerja mencuci pinggan.

"Tetapi saya sendiri melihat Ashira mempunyai banyak potensi untuk melakukan kerja lain," katanya.

Dalam pada itu, Vida yang juga penaja program realiti Gegar Vaganva musim ketiga (GV3) berkata, dia merancang untuk melakukan sesuatu bagi membantu meringankan beban Ashira dan suami.

Namun, dia belum sedia mendedahkan rancangannya buat masa ini bagi mengelakkan pandangan serong masyarakat.

553 (1)

Bad kini memerlukan 'walker' untuk membantunya berjalan.

"Saya ada plan untuk lakukan sesuatu bersama Ashira. Tetapi kalau saya cakap nanti orang kata nak ambil kesempatan untuk berniaga, jadi kita tunggu dan lihat sahaja.

"Kerana saya kesian dengan dia, Ashira seorang yang ikhlas dan baik... lalui dugaan seperti ini dalam rumah tangga.

"Bad pula mungkin ada kebaikan yang dia buat kerana dikurniakan seorang isteri yang baik seperti Ashira yang sentiasa memberi sokongan moral pada saat-saat ini," ujarnya.

Pada 30 November lalu, mStar melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Bad berkata, dia terpaksa berjalan menggunakan 'walker' bagi membantu pergerakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain