suria

Zulin Aziz masih menunggu keputusan ‘swab test’, hilang deria bau selepas empat hari kuarantin

Zulin alami selsema dan batuk selepas pulang dari menunaikan umrah.

BARU sahaja pulang daripada menunaikan umrah pada 1 Disember lalu, pelakon Zulin Aziz memberitahu dia mengalami batuk dan selsema serta hilang deria bau sejak Selasa.

Bimbang dengan simptom Covid-19, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, berkata dia sudah melakukan ujian calitan di lapangan terbang namun masih lagi menunggu keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku stress orang cakap aku kutuk kau” - Zulin Aziz terpaksa ‘DM’ Siti Nordiana, jelaskan isu tuduhan persoal tuntutan RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN: Viral lukis potret TokTi, Vida... Zulin Aziz dapat banyak tempahan, tak berani ambil ‘order’ sebab belum habis belajar di Youtube

Pelakon berusia 32 tahun ini juga melakukan ujian calitan rT-PCR atau RTK-Antigen Covid-19 namun mendapati keputusan negatif.

Semalam, deria bau saya mula hilang. Tapi Alhamdulillah, saya tak demam dan batuk serta selsema pun sudah berkurangan.

ZULIN AZIZ

PELAKON

"Saya mula selsema dan sedikit batuk sejak balik daripada Umrah pada 1 Januari lalu. Dah buat swab test dekat lapangan terbang waktu itu.

"Tapi sampai ke hari ini tak ada lagi dapat keputusan daripada swab test itu. Saya ada juga buat ujian calitan sendiri dekat rumah tapi negatif.

"Semalam, deria bau saya mula hilang. Tapi Alhamdulillah, saya tak demam dan batuk serta selsema pun sudah berkurangan," katanya kepada mStar.

Pada Selasa, Zulin memuat naik status memberitahu keadaan dirinya yang sudah hilang deria bau selepas empat hari menjalani kuarantin kendiri.

Zulin 1

Zulin tunaikan umrah pada 21 Disember tahun lalu.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti mendoakan agar pelakon drama Penjara Janji itu diberikan kesembuhan cepat.

Bekas penyampai radio Suria FM itu menjalani kuarantin menunaikan umrah pada 21 Disember tahun lalu dan pulang ke Malaysia pada 1 Disember.

Dalam pada Zulin yang juga seorang penyanyi memberitahu dia menjalani tempoh kuarantin di rumah sejak pulang dari Tanah Suci, Makkah.

"Buat masa ini, memang saya kuarantin dekat rumah sahaja. Selepas balik dari umrah memang saya terus kuarantin di rumah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain