suria

Isu wanita fitnah pemandu lori mabuk, Nora Ariffin ingatkan jangan sebar cerita tak pasti

Nora beri pandangan mengenai isu pemandu lori dituduh mabuk.

PERNAH menjadi mangsa fitnah di laman sosial, penyanyi Datuk Nora Ariffin terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai kejadian pemandu lori dituduh mabuk hingga merempuh tiga kenderaan di bahu jalan.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, penyebaran berita palsu di laman sosial boleh menimbulkan fitnah selain menimbulkan pelbagai keburukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri nafi tuduh pemandu lori terbabit kemalangan ‘mabuk’ - “Kami tak ada kena mengena”

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin nafi tuduhan paksa suami cerai isteri pertama - “Astagfirulllahalazim... semua ini fitnah!”

Sekadar peringatan secara umum dan diri sendiri, penyanyi berusia 48 tahun ini menasihati agar orang ramai berhati-hati dan tidak menyebarkan berita tidak sahih.

Nora 1

Nora menyuarakan pendapatnya di laman Instagram.

Dunia media sosial ni lain macam sikit. Segala-galanya cepat tersebar. Bahaya tu... sebar benda yang tak pasti.

Boleh menimbulkan fitnah dan pelbagai keburukan, selain daripada dosa. Terutama apabila menyentuh perkara-perkara peribadi dan maruah diri seseorang.

Nasihat saya kepada semua netizen termasuk peringatan untuk saya sendiri juga. Berhati-hatilah. Jangan mudah percaya dan sebarkan berita yang tidak sahih," katanya kepada mStar.

Selain itu Nora juga ada memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya pada Rabu menyentuh mengenai isu yang tular baru-baru ini.

Boleh menimbulkan fitnah dan pelbagai keburukan, selain dari dosa.

NORA ARIFFIN

PENYANYI

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Rela Berpisah ini berkata dia turut mengalami nasib yang sama apabila dirinya difitnah selepas mengumumkan sudah berkahwin dengan Dr Rushdi Ramli.

Namun, menurut Nora tuduhan yang dibuat terhadapnya sudah selesai selepas dia bersemuka dengan pihak berkenaan.

"Jangan mudah sebarkan sesuatu yang kita tidak pasti. Apa-apapun yang kita andai, kita rasa... biarlah kita simpan saja.

"Salah atau tidak, itu bukan hak kita untuk menilainya. Cubalah bersangka baik. Sekiranya kita tidak sengaja melakukan kesilapan, segera mohon maaflah.

"Sama kes dengan saya. Setelah bersemuka, akhirnya terjawab segalanya adalah fitnah semata-mata. Alhamdulillahhh selesai. Allah SWT lebih mengetahui," tulisnya.

Nora 2

Nora pernah difitnah kononnya memaksa suami ceraikan isteri pertama.

Pada Selasa, tular sebuah video mmemaparkan pemandu lelaki kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.

Dalam rakaman tersebut terdengar suara seorang wanita yang menuduh pemandu tersebut memandu dalam keadan mabuk sehingga merempuh kereta di bahu jalan.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu lori terbabit mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengesan video tular tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh pada Selasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain