suria

Isu masuk kelab gay di Korea Selatan, ada sebab Hael Husaini tutup mulut!

Hael jawab dakwaan kunjungi kelab gay.

SELEPAS hampir dua bulan mendiamkan diri, akhirnya penyanyi Hael Husaini tampil menjawab dakwaan kononnya dia mengunjungi sebuah kelab hiburan gay di Korea Selatan pada November lalu.

Enggan melayan kontroversi tidak berasas itu, Hael, 34, berkata dia tidak dapat menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kerana terikat dengan penjanjian penggambaran sebuah program.

"Sebenarnya benda tu sebab orang tak tahu kenapa kita berada di sana sebab kita tak dibenarkan beritahu apa tujuan kita berada di sana, jadi pada saya benda itu dah terungkai hari ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah jadi bapa, Hael Husaini fikir masa depan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini ambil anak angkat lagi, kembar lelaki - “Haelmummy je tak ada lagi”

"Tak apa la, sepanjang saya berada di sana, saya pun tak nak fikir sangat dan saya nak fokus pada Master in The House sahaja," katanya kepada mStar.

Hael ditemui ketika pelancaran program terbaharu Master in The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

hael 3

Hael enggan layan gosip sedemikian.

Pada November lalu, timbul dakwaan kononnya seorang penyanyi Malaysia pergi berseronok di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon, Korea Selatan.

Menerusi laman Twitter, netizen itu turut mendedahkan artis berkenaan ke Korea tanpa menjalani kuarantin sebelum berhibur di kelab gay tersebut.

Saya harus fokus dekat sana sebab sepanjang shooting itu daripada pagi ke pagi dan ia memerlukan tumpuan

HAEL HUSAINI

PENYANYI

Menerusi hint yang diberikan, individu berkenaan seolah-olah mengatakan penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Hael Husaini.

Bagaimanapun menerusi satu siaran langsung di Instagram, pengurus Hael tampil menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia hanyalah fitnah semata-mata.

Pihaknya juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

hael 1

Hael merupakan salah seorang selebriti dalam program terbaharu terbitan TV3.

"Pasal saman-menyaman, saya tak tahu. Benda-benda yang berlaku itu saya rasa saya dah serahkan pada pihak pengurusan jadi mereka lebih pakar.

"Saya harus fokus dekat sana sebab sepanjang shooting itu daripada pagi ke pagi dan ia memerlukan tumpuan," ujarnya.

Bercakap mengenai Master In The House Malaysia, program realiti ini akan memulakan siaran bermula Sabtu ini pukul 10 malam.

Selain Hael Husaini, program ini turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Scha Elinnea, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan lapan orang ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.

Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek dan koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain