suria

Dua tahun menyepi, penyanyi rap Zamaera muncul semula selepas putus cinta

Zamaera rungkaikan kisah hidup dalam album terbaharu.

HAMPIR dua tahun menyepi, penyanyi rap Zamaera kini muncul dengan album Mixtape 'Heart Break To Heal'.

Zamaera atau nama sebenarnya Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen merungkai kisah yang berlaku dalam hidupnya kemudian diterjemahkan ke album tersebut.

Ujarnya, dia pernah berada pada fasa derita dan sedih gara-gara bekas kekasihnya, namun tidak pernah wujud perasaan marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan berehat, Fizie teruja kembali ke konti bersama Molek FM

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bagi ‘green light’ kahwin lagi, Shuib mula kenal seseorang... Terfikir siapa nak terima duda anak 4

“Mixtape Heart Break To Heal ini merungkai kisah hidup saya dalam sebuah album yang menceritakan tentang cinta, kehilangan, pemulihan dan penemuan semula diri saya.

“Saya akhirnya belajar untuk lepaskan apa yang sudah berakhir. Saya telah melalui fasa derita, sedih dan pada ketika itu saya tidak merasa marah pada bekas kekasih lagi.

ZAMARA3Akui pernah berada pada fasa derita dan sedih kepada bekas kekasihnya

"Secara jujurnya saya hanya mahukan yang terbaik buat dia. Apa yang penting sekarang adalah jaga diri dan hanya menyayangi dari kejauhan," katanya.

Zamaera juga akui perlukan masa yang lama untuk pulihkan hati dengan apa yang berlaku dalam perhubungan itu.

Dia bersyukur keadaannya kini telah kembali beransur pulih dan tenang.

Secara jujurnya saya hanya mahukan yang terbaik buat dia.

ZAMAERA

PENYANYI

"Mixtape Heart Break To Heal punyai cerita tersendiri, malah perkataan ‘heartbreak’ dijarakkan menjadi ‘heart break’ kerana bukan sahaja hati Zamaera perlu pulih, tetapi perlukan masa juga untuk pulih.

“Kesemua lagu yang terkandung dalam Mixtape disusun mengikut aturan kronologi hidup saya letakkan ketika segalanya bermula dengan kekecewaan, kehilangan dan penderitaan yang kemudiannya perlahan-lahan menuju refleksi diri, penerimaan dan penemuan.

ZAMAERA2Zamaera bersyukur keadaannya kini telah kembali beransur pulih dan tenang

"Kalau pendengar amati ada bunyi tangisan saya yang kemudiannya berubah tenang sambil berkata kepada diri sendiri semuanya akan beransur okay," katanya.

Zamaera mengambil masa selama lapan bulan untuk menyempurnakan Mixtape tersebut agar ia betul-betul kena dengan citarasa dirinya yang sebenar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Zamaera, Mixtape, kekasih lama

Artikel Lain