BEBERAPA KALI mengalami mimpi misteri dan perkara pelik di depan mata, penyanyi Ayu Damit mula mengambil langkah untuk ‘pagar’ rumahnya. Walau dia tidak pernah ambil pusing sebelum ini, namun memikirkan keselamatan anak-anak, Ayu atau nama penuhnya Norayu Damit, 33, merasakan perlu ada ikhtiar supaya tidak terjadi perkara buruk. ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Damit tak setuju anak-anak disuntik vaksin, bimbang tak mampu tahan kesan sampingan - “Orang dewasa pun demam teruk” ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka Ayu Damit sanggup berhabis RM10,000 sebulan demi nak cantik - “Biarlah kulit ‘tan’ macam ni, tak mahu ubah jadi rupa lain!” “Sudah lama sebenarnya mimpi tentang ular yang sama datang ketika tidur. Memang pelik tapi saya tidak pernah ambil pusing. “Sejak tahun lalu banyak perkara-perkara pelik yang terjadi di depan mata. Sehingga baru-baru ini ular masuk dapur rumah saya. Berserah dan tidak mahu terlalu fikir soal mistik “Saya dan suami dapatkan nasihat ustaz dan ambil langkah untuk ‘pagar’ rumah demi keselamatan anak-anak,” cerita Ayu kepada mStar. Disebabkan peristiwa yang berlaku itu Ayu berasa trauma dan takut untuk melakukan kerja-kerja di dapur. Penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini juga memberitahu ramai yang menegur ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat gambarnya di media sosial. Pernah beberapa orang tegur sebelum ini beritahu ada ‘sesuatu’ pada saya apabila melihat gambar di Instagram AYU DAMIT PENYANYI “Selepas kejadian itu saya jadi trauma dan menggigil. Jika mahu ke dapur saya akan pandang sekeliling dahulu untuk pastikan semua selamat. “Pernah beberapa orang tegur sebelum ini beritahu ada ‘sesuatu’ pada saya apabila melihat gambar di Instagram. “Saya tanya hal ini kepada orang yang lebih arif, mereka katakan itu amaran akan disihir,” ujarnya. Selain sentiasa berhati-hati, Ayu juga mengambil pendekatan tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut kerana kerana mungkin boleh mengganggu urusan hariannya. Ayu dan suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin ikhtiar demi keselamatan anak-anak Dalam masa sama, Ayu merasa hairan masih ada orang yang mahu berbuat demikian jika benar dirinya disihir. “Jika rasa takut, saya akan solat. Suami pula akan baca ayat-ayat suci Al-Quran. “Kalau boleh saya memang tidak mahu fikir sangat hal ini. Berserah sahaja dan ikhtiar yang terbaik. “Bagi saya orang yang masih ke arah perkara mistik ketika kita di zaman moden ini adalah mereka yang mempunyai hasad dengki,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!