MAHU memberi tumpuan terhadap pembesaran anak, pelakon Anzalna membuat keputusan memperlahankan kerjaya seninya buat sementara waktu. Pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir, 34, berkata, dia merancang untuk kembali ke set penggambaran selepas anaknya Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun memahami tentang kerjaya sebagai pelakon. ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna perlu masa padam foto lama di media sosial, akui berubah bukan sekelip mata ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tak jadi sambut ‘birthday’ anak di hotel, Anzalna seronok buat parti dengan anak yatim secara ‘online’ “Saya mahu habiskan masa berharga dengan anak. Dia sekarang ini memang rapat dengan saya dan suami. Anzalna tolak beberapa tawaran drama. “Tawaran berlakon masih banyak datang, namun saya terpaksa tolak dan perlahankan dahulu kerjaya seni. “Biarlah anak saya faham kerja ibunya sebagai seorang pelakon. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set,” jelasnya kepada mStar. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set ANZALNA PELAKON Anzalna ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaru Loveta X Anzalna di The Ruma Hotel and Residences, Kuala Lumpur pada Jumaat. Anzalna mahu beri lebih tumpuan kepada anak lelakinya. Sementara itu, bercakap tentang perancangan untuk menambah cahaya mata, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini, dia meminta peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. “Itu soal peribadi saya. “Doakan sahaja yang terbaik,” jawabnya. Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki, 34, pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!