suria

Farid Kamil bahagia tengok anak-anak membesar, tidak tertekan diminta tambah cahaya mata

Farid dan Diana bersyukur dikurniakan dua cahaya mata.

BERSYUKUR dikurniakan dua cahaya mata, pelakon Farid Kamil berkata, dia tidak pernah berasa tertekan jika disoal tentang penambahan cahaya mata.

Menurut Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 40, apa yang penting dia mahu anak-anaknya itu membesar dengan didikan yang secukupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Farid Kamil ceburi bidang lakonan, nak berlakon filem aksi - “Saya ambil inisiatif hantar ke kelas lakonan”

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa bersalah terhadap anak-anak, Diana Danielle akan perlahankan kerjaya lakonan - “Saya korbankan banyak benda tahun ini”

"Saya tak ada rasa tekanan pun... sebab bukan saya yang mengandung. Mungkin tekanan itu kepada DD tapi hanya sebentar saja. Kami bersyukur dikurniakan dua anak, lelaki dan perempuan yang menakjubkan.

Farid dan Diana Danielle tidak terfikir untuk tambah zuriat.

Farid dan Diana tak terfikir tambah cahaya mata.

"Fasa melihat mereka membesar mengikut cara didikan kami dan berjaya melaksanakan tugas sebagai anak-anak kami, itu sudah membahagiakan kami.

"Allah dah berikan Farid Kamil versi perempuan dan DD versi lelaki. Kami memang bersyukur tapi biasalah, orang nampak kita bahagia mesti akan tanya bila nak tambah anak," katanya kepada mStar.

Pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram, di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Allah dah berikan Farid Kamil versi perempuan dan DD versi lelaki.

FARID KAMIL

PELAKON

Farid mendirikan rumah tangga dengan pelakon Diana Danielle pada 3 November 2021.

Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 9 dan Nur Aurora yang kini berusia enam tahun.

Dalam perkembangan lain, Farid memberitahu dia mempunyai kegusaran untuk bekerja semula dalam keadaan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Farid 1

Farid tidak akan bawa anak-anak ke lokasi penggambaran.

"Katanya, dia perlu lebih berhati-hati setiap kali keluar bekerja demi keselamatan anak-anak di rumah.

"Langkah-langkah yang perlu diambil... kena la ambil seperti suntikan vaksin penggalak, penjarakkan sosial dan pemakaian pelitup muka. Kena sentiasa amalkan SOP.

"Sejujurnya takut itu memang la takut tapi apa kan daya, kalau tak pergi shooting macam waktu PKP, tak ada kerja, tak ada duit macam mana nak survive.

"Jadi, takut ke tak, kita kena tawakal saja. Tapi anak-anak saya memang tak kan bawa ke set penggambaran," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain