suria

[VIDEO] Mahadi tak sangka kena ‘prank’ dengan ibu bapa Heliza, hati sedih dapat tahu lamaran ditolak

DIDUGA dengan berita lamaran ditolak cukup membuatkan usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman kecewa dan patah hati kerana hasrat memperisterikan Heliza Helmi mungkin tidak kesampaian.

Ujar Mahadi, 38, ketika pertemuannya dengan ibu bapa Heliza di sebuah restoran, dia dimaklumkan bahawa penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu tidak bersetuju untuk berkahwin.

“Saya bukan nak main-mainkan dia, saya nak halalkan hubungan, jadi saya beranikan diri lamar dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Heliza dan Mahadi tak pernah bercinta, baru nak masuk line terus kena jumpa wali

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza Helmi kantoi masih ‘single’ gara-gara kirim doa minta jodoh... Mahadi cuba masuk line, disuruh terus jumpa wali

“Apabila saya approach, dia tak bagi keputusan secara on the spot. Beberapa hari selepas itu ibu bapa dia datang jumpa.

heliza mahadi

Mahadi bersyukur apabila dapat memperisterikan Heliza.

“Mereka kata Heliza tak setuju. Waktu tu saya macam... oh yer ke? Orang dah tak nak, takkan saya nak terhegeh-hegeh,” katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang kisah lamaran ditolak berkenaan, Mahadi yang juga usahawan dalam bidang kewangan itu berkata dia tidak menyangka rupa-rupanya ia hanya ‘prank’.

Heliza sangat menjaga (pergaulan), kami tak pernah keluar dating.

MAHADI BADRUL ZAMAN

USAHAWAN

“Tapi sebenarnya itu adalah prank semata-mata sebab nak tengok saya punya reaction macam mana.

“Mereka nak tengok saya ni ikhlas atau main-main. Masa tu saya sedih juga, tergamam. Tapi nasib baik hanya main-main dan Heliza sebenarnya memang nak (kahwin). Alhamdulillah,” katanya.

Heliza dan Mahadi selamat dinikahkan pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

271372219_312720183952636_9168518962599893680_n

Pasangan ini dinikahkan pada 1 Januari lalu.

Sementara itu Mahadi berkata dia dan Heliza tidak seperti pasangan lain yang melalui fasa bercinta sebelum kahwin.

Malah menurutnya dia tidak pernah keluar berdua bersama Heliza sebelum mereka sah bergelar suami isteri.

“Kawan saya juga ada bertanya macam mana saya keluar dengan dia berdua dalam kereta.

“Jawapannya not even in my dream sebab memang kami tak pernah keluar berdua naik satu kereta... memang tak sebab dia sangat menjaga (pergaulan), kami tak pernah keluar dating,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain