USAHAWAN kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV), musim hadapan. Mendedahkan mengenai perancangannya itu, Iqbal, 27, berkata sejak awal tahun 2021 dia sudah mengintai peluang untuk menaja program berkenaan namun rezeki masih belum memihak kepadanya. "Sepatutnya tahun ni saya nak taja GV, saya dah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen (TV) tapi sebab dah ada penaja lain yang ambil dulu jadi terlepaslah peluang itu. ARTIKEL BERKAITAN: Takut orang berharap gaji jadi PA Vida RM10,000, Iqbal tunjuk bukti hanya dibayar RM2,000 ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal akhirnya menyesal, mengaku cipta kontroversi demi nama... Campak duit jadi kesilapan paling besar "Dalam banyak-banyak program hiburan, saya nampak GV ada pasaran luas, memang dah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk... kalau taja program Islamik atau ilmiah ni kurang sambutan penonton. "Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi masih ramai orang belum tahu apa produk saja jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah," katanya kepada mStar. Iqbal mahu menaja program GV musim hadapan. Dalam pada itu, Iqbal berkata dia mahu menaja program nyanyian terbitan Astro itu bukanlah kerana mahu bersaing dengan mana-mana pihak termasuklah bekas majikannya yang juga merupakan penaja musim terdahulu, Datuk Seri Vida (DSV). Sebaliknya, dia mahu menggunakan platform rancangan itu untuk mempromosikan perniagaannya di samping membantu penyanyi-penyanyi lama. Jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. AHMAD IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN KOSMETIK "Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun ya. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia. "Cuma buat masa ini belum ada rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja. Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti.... mahu bantu mereka tingkatkan strategi marketing kerana hal ini juga penting dalam masa sekarang. Vida pernah menaja GV beberapa musim sebelum ini. "InsyaAllah kalau musim akan datang saya diberi peluang, saya akan bawa kelainan, saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang. "Tapi jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!