suria

Andi Bernadee terkilan Sarah Suhairi kena kecam, akur belum rezeki ke AJL36

Andi berterima kasih kerana Sarah sudi gantikannya ketika SFMM36

PENYANYI Andi Bernadee meminta orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuk penyanyi ganti Sarah Suhairi dalam menyampaikan lagu Penat di separuh akhir Muzik-Muzik 36 minggu lalu.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangil, 31, berpendapat penyanyi lagu Pedih itu sudah melakukan yang terbaik pada malam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andi Bernadee ajar BamBam Got7 sebut ‘Mak Kau Hijau’, hanya rakam gurau-gurau... Tak sangka trending!

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee sedih duit bayaran drama Perisik Cinta Tak Diundang dah kena 'songlap' kawan baik - “Saya belum dapat balik... mungkin bukan rezeki”

Malah, dia terhutang budi dan menganggap Sarah menyelamatkan kerjayanya sebagai penyanyi.

"Sepatutnya tak perlu berlaku perkara seperti itu. Saya sudah beritahu sebelum ini, Sarah adalah pilihan pertama. Saya amat berterima kasih dia sudi menolong.

"Dia sudah menggalas tugas besar dan selamatkan kerjaya saya pada malam itu," ujarnya kepada mStar.

Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka

ANDI BERNADEE

PENYANYI/PELAKON

Sarah menyanyikan lagu Penat menggantikan Andi yang menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara pada malam Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung 1 Januari lalu.

Pada malam SFMM36 itu, 12 lagu diumum layak ke AJL36 ialah Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul), Boneka (Ernie Zakri), Purnama (Naim Daniel) dan Pelukan Angkasa (Fog X Shila Amzah).

andi sarah

Ada dalam kalangan peminat anggap Sarah punca lagu Penat gagal ke AJL36

Selain itu, Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonny Boii), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).

Dalam pada itu, Andi akur dengan keputusan juri dan menganggap tiada rezeki untuk dia beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36).

andi 2

Andi anggap tiada rezeki mara ke AJL36.

"Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka, saya anggap bukan rezeki saya," ujarnya.

Lagu Penat merupakan ciptaan Andi bersama Nuriman dan Efry Arwis.

Dalam perkembangan lain, Andi kini sedang sibuk menjalani penggambaran program Master In The House Malaysia yang akan bersiaran pada hari Sabtu pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Andi Bernadee, AJL36, Sarah Suhairi

Artikel Lain