suria

“Hentamlah... saya akan senyum sahaja” - Shidee terbuka dikritik ‘pancit’, tak layak masuk separuh akhir GV8

shidee 1

DITUDUH nyanyian ‘pancit’ dan tidak layak ke separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Shidee tidak terasa hati dengan komen negatif usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Sebagai penyanyi berpengalaman, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, menganggap komen berkenaan hanyalah pendapat peribadi seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida tetap menyelit... tak puas hati Sa.Ya tersingkir GV8, dakwa keputusan ‘pilih bulu’

ARTIKEL BERKAITAN: Sa. Ya gagal ke separuh akhir GV8, lega sudah langsaikan hutang dengan peminat

"Itu pendapat dari hati dia. Saya tidak marah dan tidak ada sebarang masalah.

"Saya terima dengan hati terbuka kerana saya sendiri tidak tahu kedudukan saya selepas ini. Mungkin saya akan tersingkir pada peringkat separuh akhir," ujarnya kepada mStar.

11111

Komen Datuk Seri Vida tentang penyingkiran Sa. Ya

Pada peringkat suku akhir GV8 yang berlangsung pada malam Ahad menyaksikan kumpulan Sa. Ya yang dianggotai Saiful dan Yassin tersingkir.

Manakala Shidee pula di kedudukan kedua tercorot.

Hentamlah saya. Apa yang boleh saya buat hanyalah tersenyum sahaja

SHIDEE

PENYANYI

Pada malam Ahad, Vida mempersoalkan kenapa kumpulan Sa. Ya disingkirkan sedangkan Shidee memberi persembahan yang lebih teruk pada malam Ahad.

Sementara itu, Shidee juga memberitahu dia tidak pernah ambil pusing jika ada yang memberi kritikan dan komen negatif kepada dirinya melalui media sosial.

Bagi penyanyi lagu Semuanya Sudah Terlambat ini, setiap orang mempunyai pendapat sendiri, namun hanya Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang.

"Saya tak bimbang sedikit pun dengan kritikan netizen. Hentamlah saya. Apa yang boleh saya buat hanyalah tersenyum sahaja.

"Allah lebih tahu apa yang terjadi kepada diri kita nanti. Itu adalah pegangan saya," ujarnya.

shidee 2

Shidee lebih senang fokus pada jadual hariannya

Dalam pada itu, Shidee memberitahu dia bukanlah seorang yang aktif di media sosial.

Katanya, dia lebih senang untuk memberi fokus kepada kehidupan harian seperti bersama keluarga, memenuhi undangan nyanyian dan aktiviti surau.

"Sekarang ini apa yang saya tahu, saya hanya perlu menyanyi sahaja. Tak pernah fikir pun nak jadi popular kembali seperti dahulu.

"Saya lebih senang dengan apa yang telah saya buat selama ini. Membuat persembahan di sebuah restoran, bersama keluarga dan mengikuti aktiviti di surau," jelasnya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain