suria

Hijrah bukan tiket Shahir ‘judge’ rakan industri, tak timbul isu memilih tawaran kerjaya seni

Shahir berharap gelaran juara dapat beri inspirasi kepada orang ramai.

BERGELAR juara program nyanyian Hijrahkan Laguku yang berkonsepkan ketuhanan, penyanyi Shahir Zawawi bagaimanapun tidak meletakkan batasan dalam tawaran yang bakal diterima selepas ini.

Shahir atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak perlu bersikap selektif selagi mana boleh menyampaikan sesuatu kebaikan kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahir Zawawi juara Hijrahkan Laguku, bawa pulang RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Shahir Zawawi kena scam, rugi RM12 juta gara-gara ditipu pembekal sarung tangan

“Saya masih boleh terima jika ada tawaran berlakon. Bagi saya hendak berhibur tidak salah, cuma ada caranya.

“Tak bermakna saya nak tinggalkan atau mahu menghakimi kawan-kawan yang lain hanya kerana saya sudah bertukar ke arah ini (lebih Islamik).

Shahir 13

Terbuka menerima mana-mana tawaran dunia seni

“Tidak perlu timbul isu untuk lebih selektif,” ujar Shahir kepada mStar.

Sekali lagi menjadi tumpuan selepas bergelar juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) pada tahun 2010, pastinya nama Shahir akan kembali menjadi sebutan peminat.

Menyertai program ini bukanlah kerana nak beritahu saya kembali menyanyi, tetapi memberi inspirasi kepada orang ramai.

SHAHIR ZAWAWI

PENYANYI

Dia sedar ini adalah satu tanggungjawab besar untuk dirinya menyampaikan kebaikan melalui dunia seni.

“Saya lama tidak muncul pun ada cerita tentang saya. Jadi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pernah melaluinya sebelum ini.

“Cuma kali ini biarlah bercakap perkara yang baik. Contohnya manfaat yang kita dapat dari program yang saya sertai ini.

“Menyertai program ini bukanlah kerana nak beritahu saya kembali menyanyi, tetapi memberi inspirasi kepada orang ramai. Saya juga masih belajar banyak perkara,” ujarnya.

Shahir 11

Shahir ada perancangan untuk keluarkan lagu baharu

Sementara itu, Shahir yang pernah menyepi dan hilang dari radar seni sebelum ini tidak mahu berjanji akan terus kekal dalam industri.

Menurut penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini, sebagai manusia dia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan.

Walaupun sudah menerima beberapa tawaran dalam dunia seni, Shahir tidak mahu meletakkan sebarang janji untuk namanya terus kekal dalam industri.

“Saya tidak mahu berjanji.

“Kita hanya merancang namun keadaan tertentu membataskan pergerakan. Tahun 2020 saya pernah rancang untuk muncul semula namun pandemik pula melanda,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain