suria

Mark Adam akui nyanyian terjejas gara-gara Covid-19, dinasihatkan rajin bersenam

Nyanyian Mark Adam terjejas kesan Covid-19.

DIJANGKITI virus Covid-19 akhir Disember lalu, penyanyi Mark Adam mengakui dirinya sedikit trauma biarpun sudah bebas sepenuhnya daripada wabak berkenaan.

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 43, juga memberitahu kesan jangkitan itu juga menyebabkan nyanyiannya sedikit terganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Mark Adam di Filipina rosak dibadai Taufan Rai... Syukur keluarga selamat, tanya khabar setiap hari

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak tanggungan... Mark Adam sedia cabar diri 'terjun' ke pelbagai bidang seni - “Saya fikir tanggungjawab terhadap keluarga di kampung”

“Setiap kali periksa tahap oksigen saya akan rasa trauma dan paranoid.

“Tidak dinafikan Covid-19 sedikit mengganggu teknik nyanyian saya. Ada rasa sakit sedikit ketika menyanyi.

mark adam 3

Mark dan isteri sama-sama beri semangat selepas sah dijangkiti Covid-19

“Bagaimanapun saya ada kawan dalam bidang perubatan yang menasihati supaya rajin bersenam,” ujarnya kepada mStar.

Mark Adam ditemui selepas program final Hijrahkan Laguku yang bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital, TV Al Hijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Setiap kali periksa tahap oksigen saya akan rasa trauma dan paranoid.

MARK ADAM

PENYANYI

Malam kemuncak itu menyaksikan Shahir Zawawi muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Manakala Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman membawa pulang wang tunai RM20,000 setiap seorang.

mark adam 2

Mark bersama barisan peserta akhir Hijrahkan Laguku.

Sementara itu, Mark yang juga pelakon drama Keluarga Baha Don ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Dari mana dijangkiti, saya sendiri tidak tahu. Dua hari sebelum terkena, saya ada mengikuti misi bantuan banjir, namun saya tidak pasti adakah dari situ.

“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga. Syukur saya dan isteri kini semuanya sudah kembali sihat,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Mark Adam, Hijrahkan Laguku, Covid-19

Artikel Lain