BERDEPAN ujian dalam perniagaan, penyanyi Shahir Zawawi mendedahkan mengalami kerugian kira-kira RM12 juta gara-gara ditipu sebuah syarikat pembekal. Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Shahir Zawawi, 34, dia bersama seorang rakan kongsi sebelum ini menjalankan perniagaan membekal peralatan hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Shahir Zawawi juara Hijrahkan Laguku, bawa pulang RM100,000 ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shahir tak terkejut gosip Erra Fazira isteri kedua ahli politik, doakan dia bahagia - “Saya tak kecewa, itu benda baik” Bercerita lanjut kejadian yang berlaku pada Oktober 2020 itu, Shahir berkata ia melibatkan 400,000 sarung tangan yang sepatutnya dibekalkan kepada pihak hospital. “Ketika musim pandemik kami cuba untuk menjadi pembekal kepada hospital. Shahir berharap perjalanan dalam dunia seni akan terus lancar “Namun ditipu dan barang yang kami terima di pelabuhan hanyalah kotak kosong. “Pembekal produk itu tipu kami 400,00 kotak dengan jumlah anggaran RM12 juta,” jelas Shahir kepada mStar. Kami telah dapat kesan scammer tersebut SHAHIR ZAWAWI PENYANYI Dalam pada itu, Shahir berkata, dia sudah membuat laporan polis dan perkara itu kini dalam proses undang-undang. “Tindakan undang-undang telah pun diambil. Semua ini melibatkan urusan antara peguam syarikat kami dan pembekal itu. “Kami telah dapat kesan scammer tersebut,” jelas. Bawa pulang RM 1000,000 selepas bergelar juara Hijrahkan Laguku Meskipun mengalami kerugian besar, Shahir bersyukur apabila dibuka pintu rezeki baharu apabila diumum sebagai juara dalam program realiti Hijrahkan Laguku yang berlangsung malam Sabtu. Dia menewaskan Datuk Nash, Iwan Syahman dan Mark Adam yang melayakkannya membawa pulang RM100,000. “Sebelum ini saya terlibat dalam perniagaan sebab fikirkan nak cari rezeki di tempat lain tapi ditipu pula. “Allah aturkan saya kepada rezeki untuk sertai program ini ke arah yang lebih positif. Semoga mendapat keberkatan,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI/p> TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!