MEMILIH untuk menetap di Kota Kinabalu, Sabah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu, penyanyi Min Yasmin mengakui semakin selesa menetap di negeri bawah bayu itu. Apalagi sekarang ini dia dan suami, Julfekar yang juga merupakan seorang komposer terkenal kini mengusahakan perniagaan menjual makanan di sana. ARTIKEL BERKAITAN: Inilah Contoh Wanita ‘Payung Emas’, Min Yasmin Restu Julfekar Kahwin Lagi "Kami buat keputusan untuk tinggal di Kota Kinabalu sebab ia berada di tengah antara Filipina dan Kuala Lumpur. Lebih senang berulang-alik jika ada urusan. "Kami memulakan perniagaan di sini dan rasa sayang untuk tinggalkan KK. Buat masa sekarang lebih selesa di sini dan meneruskan kerjaya seperti biasa,"katanya kepada mStar. Selain sibuk dengan perniagaan, Min Yasmin sempat siapkan album baharu Min, 33, mencipta nama di negara jiran, Filipina dan merakamkan album bahasa Tagalog berjudul Pangarap di sana. Pemilik nama Nurul Yasmin Abdul Aziz ini turut memberitahu banyak undangan nyanyian di sana yang terpaksa ditolak berikutan faktor pandemik Covid-19. Bagaimanapun, menurut Min, masih ada pihak di Filipina yang tetap mahukan dia membuat sehingga menawarkan untuk menghantar jet peribadi ke Sabah bagi menjemput penyanyi itu. Sehingga ada yang sanggup hantar jet peribadi menjemput saya di sini MIN YASMIN PENYANYI "Sudah ada beberapa tawaran yang saya terima di Manila, Filipina namun terpaksa tolak kerana negara itu belum menerima pelancong luar ketika ini. "Sehingga ada yang sanggup hantar jet peribadi menjemput saya di sini. Kalau boleh saya tidak mahu langgar prosedur operasi standard (SOP). Tunggulah pandemik ini betul-betul reda nanti," ujarnya. Lebih senang tinggal di Sabah bersama suami uruskan pernigaan dan kerjaya seni Dalam perkembangan lain, Min bakal melancarkan album baharu berjudul Min Yasmin: World On A String yang mengandungi 18 buah lagu dan dicipta sepenuhnya oleh Julfekar. "Sudah tiga tahun proses membuat album ini berjalan. Baru sekarang ia berjaya disiapkan. "Meskipun sekarang ini zaman digital, bagi saya album ini adalah kenangan dan bukti saya sebagai seorang penyanyi,"ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!