SELEPAS dibawa menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga sekali lagi menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan apabila berpeluang bercuti dengan menaiki jet peribadi jutawan terkenal itu. Berkongsi perkara itu di Instagram, pemilik nama penuh Hairul Azreen Idris, 34, meluahkan perasaan teruja dan menganggap ia rezeki buat anak-anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas helikopter, Hairul Azreen diajak naik kapal layar mewah milik jutawan Vincent Tan! - “Ini baru betul-betul geng kayangan” ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku ‘edit’ sendiri, poster filem pertama arahan Hairul Azreen dikritik tak cantik - “Tengok poster pun dah tahu kualiti cerita dia” “Perjalanan menjangkaui imaginasi. “Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini. View this post on Instagram A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) “Masya-Allah untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang,” jelas Hairul. Dalam video berdurasi satu minit itu, Hairul bersama isterinya Hanis Zalikha dan dua anak mereka menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan terbabit. Masya-Allah untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang. HAIRUL AZREEN PELAKON Rata-rata netizen juga teruja dan meninggalkan komen positif di laman sosial pasangan selebriti itu. “Awak layak mendapatkannya kerana awak sekeluarga selalu merendah diri. “Masya Allah, rezeki orang baik. “Rezeki tidak pernah salah alamat,” ujar beberapa netizen. Hairul dan Hanis anggap rezeki anak-anak mereka. Pada Oktober lalu, Hairul sekeluarga berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan berkenaan. Pelakon filem Wira itu tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan tersebut ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu. Hairul dan Hanis berkahwin pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!