suria

Vida tetap menyelit... tak puas hati Sa.Ya tersingkir GV8, dakwa keputusan ‘pilih bulu’

Vida bengang Sa.Ya tersingkir GV8.

PENYINGKIRAN kumpulan Sa.Ya di konsert suku akhir program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada malam Ahad mengundang rasa kurang senang usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, Sa.Ya yang dianggotai oleh Yassin dan Saiful Apek telah memberikan persembahan terbaik dan tidak sepatutnya disingkirkan.

Malah menurutnya, ada peserta lain yang lebih teruk dan tidak layak untuk meneruskan perjuangan ke minggu hadapan.

"Saya rasa ada masalah GV minggu ini penting untuk ke separuh akhir... Sa.Ya persembahan ada X-Factor malam ni, Shidee pula nak disimpan, nak selamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sa Ya gagal ke separuh akhir GV8, lega sudah langsaikan hutang dengan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob tak mahu bertanding lagi, selesa menyanyi dalam studio - “Saya bukan penyanyi pentas”

"Nampak sangat pilih bulu, bulu pahat tak keluar suara tapi disimpan? Atas dasar apa? Legend? Kalau dah sah-sah pancit (teruk) nak selamatkan lagi... yang bagus disingkirkan," katanya.

Vida berkongsi pandangannya itu menerusi ruangan komen akaun Instagram mStar Online Official pada Isnin.

saya 1

Vida tak puas hati Sa.Ya tersingkir.

Pada malam Ahad, Sa.Ya tersingkir di pentas GV8 selepas menerima markah terendah iaitu sebanyak 58.20 peratus.

Sa.Ya terpaksa akur dengan keputusan juri selepas nyanyiannya menerusi lagu Blus Terengganu tidak berjaya menambat hati juri.

Adakah sebab mereka pelawak, menjadi filler (pengisi) je dalam GV8 tiba-tiba jadi lain.

DATUK SERI VIDA

BEKAS PENAJA GV

Sementara itu, Vida melihat kumpulan Sa.Ya antara perserta yang konsisten memperbaiki persembahan mereka setiap minggu.

Vida bagaimanapun tidak menolak penyingkiran Sa.Ya merupakan percaturan pihak tertentu memandangkan dia pernah menjadi penaja musim terdahulu.

"Adakah sebab mereka pelawak, menjadi filler (pengisi) je dalam GV8 tiba-tiba jadi lain jadi.

saya2

Sa.Ya tidak layak meneruskan saingan minggu depan.

"Mereka berusaha baiki kelemahan mereka akhirnya hasilkan persembahan hebat setiap minggu... saya tahulah mainan ini, saya mantan penaja GV," ujarnya.

Suku akhir menyaksikan Suki Low yang membawa lagu Korea berjudul You Are My Everything berada di kedudukan pertama dengan markah 78.9 peratus diikuti oleh Aliff Aziz (76.8) dan Aweera (73.0) di tempat ketiga.

Peserta lain yang turut mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Pusingan suku akhir GV8 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang dan dua juri jemputan iaitu Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk Norman Abdul Halim.

GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain