suria

Kali pertama rasa gegaran gempa bumi, Iqbal tak tidur lena seorang diri dalam bilik hotel

Iqbal lalui detik mencemaskan apabila hotel penginapannya merasai gegaran gempa bumi.

USAHAWAN kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli berdepan detik mencemaskan apabila merasai gegaran susulan gempa bumi yang melanda Pulau Jawa, Indonesia pada Jumaat.

Menurut Iqbal, 27, semasa kejadian dia sedang tidur di dalam bilik penginapan di sebuah hotel di Jakarta dan diminta oleh pengurusan untuk segera turun menyelamatkan diri.

"Ini pengalaman pertama dalam hidup saya merasai gegaran gempa bumi. Semasa gegaran pertama saya sedang tidur di bilik di tingkat lapan. Kalau nak tahu hanya saya seorang sahaja yang menginap di hotel ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal intai peluang taja ‘Gegar Vaganza’ musim depan... Mahu bawa kelainan 200 peratus

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal akhirnya menyesal, mengaku cipta kontroversi demi nama... Campak duit jadi kesilapan paling besar

"Mujur ketika kejadian ada kawan dan pembantu rumah kejutkan saya dan kami terus berlari turun ke bawah, lebih menakutkan apabila saya turun menggunakan lif dan lampu terpadam beberapa kali.

"Selepas setengah jam saya masuk semula ke rumah, tapi tiba-tiba sekali lagi gegaran berlaku selama 20 saat, cepat-cepat kami turun semula ke bawah.

iqbal 2

Iqbal cemas ketika berada dalam lif hotel.

"Saya cuma sempat capai satu beg mengandungi barang berharga seperti pen, jam tangan, cincin, kamera dan dokumen penting," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, media melaporkan gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.7 pada skala Richter dikesan di Barat Daya Pulau Jawa di Indonesia pada tengah hari, Jumaat.

Malam tadi keadaan okay, tiada gegaran susulan cuma saya tak boleh tidur lena kerana takut jika gegaran itu berlaku semula

IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi berpusat di luar pesisir Provinsi Banten itu tidak berpotensi mengakibatkan tsunami.

Gegaran kuat itu turut dirasai sehingga Jakarta menyebabkan orang ramai lari meninggalkan bangunan dan premis kediaman.

iqbal 3

Iqbal kini berada di Indonesia bagi tujuan perniagaan.

Sementara itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak boleh tidur lena kerana bimbang jika gegaran susulan kembali berlaku.

"Malam tadi keadaan okay, tiada gegaran susulan cuma saya tak boleh tidur lena kerana takut jika gegaran itu berlaku semula.

"Lagi pula hanya saya seorang sahaja dalam bangunan hotel ini... yang ada cuma pengawal keselamatan.

"Memang mencemaskan tengok bingkai gambar di dinding hampir terjatuh dan air berkocak kuat! Kata seorang sahabat dah lama Jakarta tak merasai gegaran begini," ujarnya.

Untuk rekod, Iqbal kini sedang berada di Indonesia sejak hujung tahun lalu bagi tujuan perniagaan dan urusan kerja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain