suria

Rindu kenangan lama! Aniq Suhair minta bantuan netizen jejak kawan sekolah

Aniq mohon bantuan orang ramai mencari sahabat baiknya.

MAHU membalas jasa baik teman rapat semasa di zaman persekolahan dahulu, pelakon Aniq Suhair memberitahu dia sedang berusaha mencari seorang lelaki berbangsa Cina bernama Jason Chong.

Menurut Aniq, 21, dia terputus hubungan dengan teman rapatnya itu selepas masing-masing membawa haluan sendiri setelah tamat tingkatan 5 pada tahun 2017.

"Ya saya ada kongsi video di Instagram mencari teman lama saya... apabila saya muat naik video itu saya terima beberapa mesej daripada teman dan pengikut memberitahu mengenai lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Suka cakap kotor, menggatal... Aniq Suhair ‘warning’ individu menyamar jadi dirinya di Telegram

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat nak ‘jodohkan’ dengan Aniq Suhair kerana nampak serasi... Wani Kayrie tak selesa timbul gosip nakal

"Sebenarnya susah juga nak cari kawan-kawan lama yang dah lost contact di media sosial ni, sampai sekarang saya dan kawan-kawan masih mencari teman lama kami itu.

"Memang teringin sangat nak jumpa dia semula sebab semasa di sekolah dulu dia banyak mengajar saya mengenai subjek sains dan dia yang membantu saya untuki skor dalam peperiksaan," katanya ketika dihubungi mStar.

Kalau ada kawan-kawan lain yang rapat atau kenal dia bolehlah beritahu saya, seronoknya kalau dapat jumpa semula!

ANIQ SUHAIR

PELAKON

Sebelum itu, pelakon drama Tahyul ini berkongsi video mencari teman sekolahnya yang sudah lima tahun tidak berhubung.

Dalam pada itu, Aniq memberitahu dia memasang impian untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama teman baiknya itu.

aniq 2

Aniq rindu teman sekolah dahulu.

Malah, dia turut memohon pengikut dan orang ramai agar menghubunginya jika mengetahui keberadaan terkini Jason.

"Harap sangat dapat jumpa dia secepat mungkin, lagi pula Chinese New Year dah nak dekat, kalau jumpa nanti boleh la kami raikan bersama, makan-makan dan rapatkan silaturahim.

"Saya harap dia mengetahui saya sedang mencarinya... kalau ada kawan-kawan lain yang rapat atau kenal dia bolehlah beritahu saya, seronoknya kalau dapat jumpa semula," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain