KESIBUKAN tugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta sama sekali tidak menjadi penghalang buat penyanyi Najwa Latif tampil dengan lagu baharu. Menurut Najwa atau nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 26, dia tidak melihat pekerjaan tetap itu sebagai alasan untuknya mengundurkan diri daripada industri seni. Sempena tahun baharu 2022, Najwa memberitahu dia muncul dengan single baharu berjudul Bertenang yang merupakan hadiah untuk peminat. ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif lancar lagu Dua selepas dicipta tujuh tahun lalu - "Alhamdulillah... akhirnya lagu ini dilancarkan setelah sekian lama" ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun sibuk... Najwa Latif buat 'comeback'! Tak Kisah Pun Kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini, lagu tersebut dihasilkan bagi meniup semangat kepada pendengar supaya kekal bertenang meskipun dunia kini berdepan pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan lebih dua tahun. "Bertenang merupakan sebuah lagu untuk mengingatkan diri bahawa kekurangan yang ada pada diri kita boleh jadi satu kelebihan dan untuk kita, sentiasalah bertenang dalam menghadapi segala cabaran di setiap fasa kehidupan. Najwa mahu peminat bertenang berdepan ujian. "Banyak mesej positif yang boleh kita ambil dalam lagu ini. Paling menyeronokkan apabila buah tangan baharu saya ini dapat memberikan nilai baik kepada orang ramai. Saya harap kita semua dapat belajar menghargai diri kita sendiri. "Saya rasa tanpa sokongan pendengar lagu ini tak mungkin dilancarkan. Sempena tahun baharu, berilah penghargaan kepada diri anda kerana sentiasa kuat berdepan apa jua ujian selama ini,” katanya. Syukur Alhamdulillah saya dapat berjumpa dan bekerjasama dengan ramai orang yang sudi dengan lagu Bertenang ini! NAJWA LATIF PENYANYI Bertenang merupakan ciptaan sepenuhnya Ell Ghee dan susunan muzik oleh Amzar Sabri. Berkongsi cabaran menghasilkan lagu ini semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, Najwa mengakui bukan mudah untuk menyiapkan lagu rakaman studio ke-21 nyanyiannya ini. Kesibukan sebagai pendidik tidak menghalang Najwa menyanyi. "Awalnya cabaran itu berkaitan dengan susunan lagu. Selepas beberapa bulan, cabaran untuk rekodkan lagu dan selepas itu mencari produksi untuk muzik video tersebut juga bukanlah sesuatu yang mudah. "Tapi syukur Alhamdulillah saya dapat berjumpa dan bekerjasama dengan ramai orang yang sudi dengan lagu Bertenang ini seperti Amzar Sabri untuk susunan lagu dan penerbit dan MTAS Production untuk muzik video," ujarnya. Video muzik (MV) lagu berkenaan menjadi trending dan menerima hampir 400,000 tontonan di saluran YouTube Najwa Latif. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!