MAHU mengembangkan lagi karier lakonannya menerusi platform penstriman video, pelakon Tiz Zaqyah mencabar diri menerima tawaran membintangi drama bersiri eksklusif WeTV berjudul Villa Kristal. Kata Tiz, 33, menerusi platform berbayar itu dia dapat melakonkan banyak babak dan aksi yang mungkin tidak boleh dilakukan untuk siaran televisyen. "Berlakon dalam premium series seperti ini memang berbeza sebab ia bukan untuk tayangan televisyen... antara cabaran dalam drama ini apabila ada babak saya perlu mandi bunga untuk buang suwey (bala) watak Diana yang dilakonkan oleh saya, memang selama ini tak pernah buat babak macam itu. ARTIKEL BERKAITAN: Alami sinestesia sejak kecil, Tiz Zaqyah dedah dapat lihat huruf, lirik, muzik dalam bentuk warna dan gelombang! ARTIKEL BERKAITAN: Sering terima gangguan seksual, Tiz Zaqyah hairan video masak pun buat lelaki ghairah - “Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab menyorok masa artis tukar baju” "Penggambaran dilakukan pada waktu pagi dalam rumah yang berselerak dengan kamera, bunga dan air. Itu la kali pertama saya buat babak seumpama itu. "Ada juga babak-babak lain yang tidak boleh ditayangkan di televisyen ditonjolkan dalam drama ini... sebagai pelakon kalau boleh kita nak buat macam-macam scene tapi sebab stesen televisyen ada tapisannya jadi melalui platform ini memang sesuai," katanya kepada mStar. Tiz seronok berlakon drama untuk siaran di platform digital. Tiz ditemui semasa pelancaran drama Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain Tiz, drama ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri. 20 hari saya terpaksa berehat sepanjang berlakon dalam drama ini TIZ ZAQYAH PELAKON Bukan sahaja berdepan cabaran untuk menghidupkan watak tersebut, Tiz berkata dia juga diuji dengan jangkitan Covid-19 sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama beberapa hari. "Semasa script reading, saya dijangkiti Covid-19 dan terpaksa berhenti rehat kerana menjalani kuarantin dan selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula diumumkan, terpaksa la berehat lama sebelum masuk ke set penggambaran semula. Barisan pelakon Villa Kristal (dari kiri); Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan Jasmine Suraya. "Kemudian dah sambung penggambaran, tiba-tiba saya jadi kontak rapat kepada seorang kawan dan kena berhenti untuk kuarantin kendiri selama 10 hari lagi. "Jadi 20 hari saya terpaksa berehat sepanjang berlakon dalam drama ini... saya rasa ini antara cabaran yang saya lalui sepanjang menjalani penggambaran dalam norma baharu ini," ujarnya. Drama 13 episod arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong ini boleh ditonton menerusi aplikasi WeTV tidak lama lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!