FOTO dan video percutian Fizo Omar bersama keluarga menjadi perhatian apabila netizen mula mengesyaki isteri pelakon itu iaitu Fazeera Nazri kini sedang hamil. Menerusi ruangan komen pada foto berkenaan, beberapa netizen bertanya tentang kehamilan dan ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36. ARTIKEL BERKAITAN: Cantik isteri Fizo Omar, bekas pramugari... Majlis resepsi secara sederhana di resort Janda Baik ARTIKEL BERKAITAN: “Abe Joe left group recond dulu ok” - Fizo Omar umum keluar kumpulan selebriti duda, terima ucapan selamat pengantin baharu “Macam terlihat isteri mengandung. “Maryam dah nak ada adik ke? Perubahan pada Fazeera menimpulkan tanda tanya “Nampak macam baby bump,” antara komen dan pertanyaan peminat. Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, perkongsian video di Instagramstory kakak Fizo iaitu Wan Diana Wan Omar juga seakan-akan memberi bayangan tentang hal tersebut. Maryam dah nak ada adik ke? NETIZEN “Aunty Fazeera okey?” soal Wan Diana. “Baby Faz okey...” jawab Fazeera. Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Fizo belum berhasil apabila pelakon berkenaan tidak memberi sebarang jawapan. Antara komen netizen Sekiranya benar isteri Fizo sedang hamil, didoakan agar kandungan berkenaan membesar dengan sihat dan selamat. Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 5 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!