suria

Azhan Rani ingat detik kemalangan, rupa-rupanya 2 remaja naik motor kapcai jadi punca

Azhan Rani terlibat kemalangan pada Isnin.

SUSULAN terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin, pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari kejadian.

Azhan, 45, juga bersyukur dan menghargai tindakan pantas pemandu lori mengawal situasi agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani kemalangan motosikal, kini dalam keadaan stabil

"Buat bro Firdaus dan sesiapa sahaja yang bantu saya pada hari kejadian 17 Januari lalu sekitar 12.30 tengah hari di Jalan Templer Park menghala ke Kuala Lumpur.

"Semoga Allah merahmati kalian, terima kasih jasa baik anda.

"Buat dua abang lori yang berdiri tu, terima kasih kerana berjaya menghentikan lori dan tak langgar saya" ujarnya.

RANI

Azhan berterima kasih kepada sesiapa yang membantunya.

Pada Rabu Azhan memuat naik sekeping foto ketika kejadian yang dihantar oleh seorang pengikut di laman sosial.

Pelakon drama Nur itu terlibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor, pada Isnin.

Dalam kemalangan itu, Azhan mengalami kecederaan tulang belikat sebelah kiri pecah serta tulang bahu dan tulang rusuknya retak.

Sementara itu, Azhan turut menegur tindakan dua orang remaja penunggang motosikal yang cuai sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

RANI2

Azhan buat teguran kepada dua remaja bawa motorsikal punca kemalangan.

"Buat dua orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba-tiba masuk jalan saya nak buat u turn, semoga korang tak apa-apa.

"Maaf abang tinggikan suara dekat korang dalam ambulans hari itu. Mohon jangan bawa motor macam tu lagi.

"Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Azhan Rani, Azhan kemalangan,

Artikel Lain