suria

Disiplin dan komitmen yang tinggi buat Fasha Sandha jadi pilihan syarikat produksi

Fasha bersyukur rezeki lakonan mencurah-curah.

BEBERAPA kali menerima tawaran berlakon watak utama daripada Radius One, Fasha Sandha menafikan dirinya anak emas syarikat produksi itu.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, cara kerja dan disiplin yang diamalkan membuatkan pihak produksi senang untuk bekerjasama dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Imej rambut perang buat Fasha Sandha tak selesa, terpaksa warnakan walau berat hati

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha tak sanggup amal diet keterlaluan, bimbang susu badan kering

Biarpun ramai lagi bakat baharu yang lebih cantik namun pelakon berusia 37 tahun ini menganggap tawaran yang diterima itu rezeki untuknya.

Fasha 1

Fasha sentiasa memberi yang terbaik kepada kerjanya.

"Tiada istilah anak emas pun. Cuma saya pertaruhkan cara bekerja dan disiplin. Mungkin itu juga buat produksi berkenaan senang dan terus tawar peluang kerja.

"Nak kata saya jauh dan hebat tidaklah sama sekali. Ramai bakat baru yang cantik dan bergetah. Namun rezeki itu tak salah alamat.

"Ikutkan akan ada kesinambungan drama Scammer 2. Tapi saya terikat dengan komitmen lain," katanya kepada mStar.

Cuma saya pertaruhkan cara bekerja dan disiplin.

FASHA SANDHA

PELAKON

Fasha ditemui di majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta atau pengguna setia produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute di Colony By KLCC.

Selepas drama tersebut, Fasha bakal tampil dengan drama Khilaf Asmara bergandingan dengan Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.

Seterusnya diikuti drama 80 episod yang masih melunaskan baki penggambaran iaitu Dendam Seorang Isteri buat kali pertama bergandingan dengan Nad Zainal.

Fasha 2

Pemilik jenama Wawawien Beaute, Wawa (kiri) dan Awien di majlis pelancaran Fasha Sandha sebagai duta produk Gebu Glow.

Dalam perkembangan lain, Fasha mengakui dia tertarik untuk menjadi duta produk kesihatan itu kerana niat utama pengasasnya ingin membantu golongan wanita yang hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19.

"Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik Covid-19 ini.

"Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja. Mereka ingin bantu golongan itu bangkit dan berjaya. Saya menyokong 100 peratus aspirasi dan semangat murni itu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain