TERPAKSA berpisah dengan anak berusia lapan bulan selama seminggu, penyanyi Dr Fitri Haris bulatkan hati bagi meneruskan misi kemanusiaan ke Syria pada Selasa. Bukan saja menghantar barangan keperluan, Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata dia bersama lima orang wakil dari Kumpulan Mega Zahran akan berkongsi ilmu tangani Covid-19 kepada masyarakat di sana. ARTIKEL BERKAITAN: Fitri Haris sunatkan bayi usia 2 bulan, ramai pula yang terkejut - “Sejujurnya takut tak sempat, saya dan isteri asyik fikir mati je” "Sebelum ini pernah terfikir, macam mana nak tinggalkan anak masih kecil dan kita pun tak tahu kondisi dekat sana macam mana. Sebabkan Covid-19 membuatkan saya untuk lebih giat dalam bidang perubatan. FITRI HARIS PENYANYI "Tapi demi melaksanakan misi kemanusiaan dan bawa ubat-ubatan ke sana, saya ambil keputusan untuk pergi juga. "Saya ke sana selama seminggu dan diuruskan oleh NGO Peduli Insan. Bukan saja barangan keperluan tapi kami akan kongsi ilmu mengenai cara untuk tangani Covid-19. "Sebabkan Covid-19, membuatkan saya untuk lebih giat dalam bidang perubatan. Sekurang-kurangnya dapat membantu usaha menangani wabak itu," ujarnya kepada mStar. Untuk rekod, isteri kepada Fitri iaitu Fazilah Omar melahirkan anak pertama mereka yang diberikan nama Bilal Habibi pada 28 Jun tahun lalu. Sementara itu, isteri yang juga pengurus kepada Fitri iaitu Fazilah Omar mengakui buat pertama kali dia tidak dapat mengikuti suaminya menyertai program itu. Fazilah (empat dari kiri) menghantar suaminya ke lapangan terbangan untuk misi kemanusiaan Syria. Biarpun berasa bimbang dan rindu namun Fazilah atau mesra disapa sebagai El memahami kerja dan tanggungjawab suaminya. "Selalunya memang saya akan bersama dengan dia sebab kebanyakan pergerakan kerja memang kami akan uruskan bersama. "Rasa-rasanya selepas bergelar isteri, ini kali pertama program besar dia sertai tapi saya tak dapat ikut. Jadi, sudah tentu kerisauan itu lebih. "Tambahan pula, misi kemanusiaan ke Syria. Tapi saya faham, saya ada tanggungjawab di sini. Sebelum dia naik kapal terbang pun kami dah saling merindui," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!