suria

Diminta jangan ‘overshadow’ Aweera di konsert akhir GV8, Liza Hanim tetap akan buat yang terbaik

Netizen kurang setuju Aweera berduet dengan Liza untuk konsert akhir GV8 pada Ahad depan.

BAKAL berduet di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bersama Aweera, penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia menerima amaran daripada peminat penyanyi itu.

Menurut Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 42, individu berkenaan memintanya agar tidak membuat persembahan yang menenggelamkan penyanyi lagu Romancinta itu pada konsert akhir, Ahad ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim lega lihat semangat ibu lawan Covid-19 - “Alhamdulillah dia la yang paling kuat”

"Individu itu pun ada DM saya di IG. Pertama sekali, memang masa GV8 bermula, saya beritahu diri sendiri tak nak buat persembahan duet tahun ini.

Liza 2

Liza menerima mesej daripada peminat Aweera.

"Berilah kepada pemenang GV yang lain pula sebab saya pun setiap tahun buat persembahan. Tapi kali ini, memang atas permintaan Aweera sendiri.

"Persembahan saya sama saja untuk peserta lain. Mereka kena menonjol dengan usaha keras, bukan dengan cara saya bawa permainan pentas sendiri.

"Kalau saya naik atas pentas, saya tetap kena buat persembahan. Saya akan lakukan sama seperti malam sesi latihan," katanya kepada mStar.

Kalau saya naik atas pentas, saya tetap kena buat persembahan.

LIZA HANIM

PENYANYI

Sebelum ini, segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang apabila Aweera bakal berduet dengan Liza Hanim menerusi lagu Sepi di konsert akhir GV8 pada Ahad.

Malah, netizen juga kembali mengungkit persembahan dan pakaian Liza yang dianggap 'overshadow' penyanyi Nurfatimah ketika berduet dengan peserta GV6, tiga tahun lalu.

Tampil menjelaskan tuduhan netizen itu, penyanyi lagu Mimpi ini berkata Nurfatima mengetahui pakaian yang digayakan pada malam persembahan tersebut.

Liza juga menjelaskan dia sentiasa akan lakukan persembahan yang terbaik agar pasangan duetnya juga dapat memberikan tenaga yang lebih hebat.

Liza 1

Liza duet bersama Nurfatima menerusi lagu Anggapanmu.

"Mengenai baju saya ketika membuat persembahan duet bersama Nurfatima, memang saya dah tunjuk kepada Nurfatima.

"Soal persembahan pun, saya memang dah cakap macam mana saya menyanyi dari sesi latihan, dia ikut energy yang sama.

"Dan biasanya, bila mereka nampak energy saya macam mana, mereka sendiri akan 'up game' mereka. Itu cara saya bantu. Bring out lagi apa yang mereka ada.

"Alhamdulillah, waktu itu juga Nurfatima berjaya naik ke kedudukan nombor dua," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain