suria

“Jangan nak jatuhkan maruah peserta kerana content TV” - Hattan tak setuju cara Hetty Koes Endang

Hattan juga terbuka menerima sebarang kritikan jika dia melakukan kesalahan.

TERBUKA dan lantang memberi komen tentang kandungan program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) baru-baru ini, penyanyi Datuk Hattan beranggapan ia bukan satu kesalahan.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 58, berkata juri tetap Hetty Koes Endang tidak sepatutnya menjatuhkan maruah peserta yang bertanding demi menaikkan rating televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke saya tegur?” - Hattan tak mahu cakap belakang, terus bersuara jika selebriti buat silap

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Eiman tak pernah dapat pujian Hattan - “Susah bekerjasama dengan ayah, kami ada pendapat berbeza”

“Apa salahnya saya berikan fakta untuk perbaiki sesuatu demi kebaikan?

“Sahabat-sahabat saya itu bukan budak baru nak belajar. Mereka ada nama besar dalam industri.

hattan 2

Hattan berani bersuara demi kebaikan dalam industri seni.

“Kenapa diperlakukan begitu? Ramai yang menyuarakan pendapat yang sama kepada saya.

“Jangan nak jatuhkan maruah peserta hanya kerana content televisyen. Dia boleh tegur di belakang pentas.” ujar Hattan kepada mStar.

Sebelum ini Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Hetty yang mengajar tentang teknik nyanyian ketika program sedang berlangsung.

Saya tidak peduli... kecaman itu sebahagian daripada hiburan.

DATUK HATTAN

PENYANYI

Bagi Hattan, tidak salah untuk berkongsi ilmu sebegitu, tetapi bukan di atas pentas ketika siaran sedang berlangsung.

Dalam pada itu penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah ini tidak ambil peduli apabila ada sesetengah pihak kurang senang dengan pendapat yang disuarakannya.

“Saya tidak peduli jika ada yang kecam saya. Bukan semuanya tidak setuju,” katanya.

Hattan ditemui ketika majlis pelancaran program Mic On! musim kedua (MO2) di Kuala Lumpur pada Khamis.

Hattan bakal muncul sebagai juri bersama penyanyi Datuk Awie dan Mas Idayu.

hattan 3

Barisan selebriti yang terlibat dalam program Mic On!

Diberi tugas duduk di kerusi juri, Hattan berkata dia tidak gentar jika ada penonton yang akan mengkritik cara penjuriannya pula.

“Biasalah kena kecam. Saya tidak peduli. Kecaman itu sebahagian daripada hiburan,” jawabnya ringkas.

MO2 menampilkan gandingan Azwan Ali bersama Issey Fazlisham sebagai pengacara.

Sementara tiga pelawak terkenal iaitu Ropie, Ajak Shiro dan Fad Bocey ditugaskan sebagai pengurus untuk 15 orang peserta bertanding.

Program ini akan disiarkan bermula 28 Januari ini di saluran Awesome TV pada pukul 9.00 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain