TERKENAL sebagai selebriti sensasi yang bermulut lantang, pengacara Azwan Ali bagaimanapun terasa hati dengan komen segelintir netizen yang mendoakan kecelakaannya. Kata Azwan, 56, masyarakat seharusnya dididik dengan budi pekerti mulia dan tidak mendoakan keburukan sesama manusia. "Netizen ingat saya sakit nak mati. Komen begini menyakitkan dan keterlaluan. ARTIKEL BERKAITAN: Diva AA nak heret pelakon wanita naik mahkamah gara-gara didakwa makan rasuah ARTIKEL BERKAITAN: “Kau sengaja, kau ingat boleh bayar kompaun!” - Azwan Ali mengamuk keluarga Neelofa bangga ‘show off’ langgar SOP "Jadilah orang yang mulia. Orang mulia sentiasa mendoakan... minta supaya cepat sembuh. "(Bergurau dengan) hal mati, sakit... tak dididik ke? Kalau orang tu sakit... bermusuh macam mana pun pergi melawat dia," katanya kepada mStar pada majlis pelancaran program Mic On! musim kedua pada Khamis. Program Mic On! kembali untuk musim kedua. Pada 14 Januari lalu Azwan terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan. Lebih menggemparkan apabila Azwan sendiri mendakwa dia menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan. Bercerita lanjut tentang masalah keracunan makanan yang dialaminya itu, Azwan berkata dia mengesyaki ia berpunca daripada burger yang dibelinya dari sebuah gerai di tepi jalan pada malam kejadian. Saya dah pernah cakap, saya akan mengamuk sehingga kiamat! AZWAN ALI PENGACARA "Saya beli burger tepi jalan, saya lapar sangat. Selepas beli saya terus makan dalam kereta tanpa periksa dulu kebersihannya. "Itu salah saya sendiri, sepatutnya periksa dulu jika ada benda asing. "Saya memang masuk ICU... lepas tu orang komen kata ingat saya dah mati, hidup lagi rupanya," katanya. Sementara itu mengulas tentang pemilihannya sebagai hos Mic On! musim kedua, Azwan berkata dia akan melakukan yang terbaik termasuk menjaga tingkah laku di televisyen. Ajak, Ropie dan Fad diberikan tugas sebagai pengurus dalam Mic On! musim kedua. Walau bagaimanapun selebriti berpengalaman dalam dunia penyiaran itu berkata pembabitannya di stesen televisyen tidak akan membuatkan dia berhenti memberi kritikan pedas di media sosial. “Saya dah pernah cakap, saya akan mengamuk sehingga kiamat! “Jika ada sebarang kes atau ada orang buat sesuatu yang tidak betul saya akan tegur. “Tapi janganlah cepat melenting kerana saya tegur untuk kebaikan semua. Di hadapan kamera saya berbeza,” katanya. Mic On! musim kedua bakal bersiaran di saluran Awesome TV bermula 28 Januari ini pukul 9 malam. Rancangan tersebut menampilkan Azwan sebagai pengacara bergandingan bersama Issey Fazlisham. Sementara barisan juri pula terdiri daripada Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu. Tiga pelawak terkenal iaitu Ropie, Fad Bocey dan Ajak Shiro pula bertindak sebagai pengurus yang akan membantu 15 orang peserta membuat persembahan mereka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!