BERAMBUT kerinting dan memiliki tubuh badan yang sedikit berisi, penyanyi Vanessa Reynauld mengakui sering menjadi mangsa buli sejak di awal usia kanak-kanak lagi. Menurut Vanessa, 21, dia pernah berdepan trauma yang teruk dan takut untuk ke sekolah kerana bimbang dengan layanan buruk daripada rakan-rakan. "Gemuk, buruk, kecil, tak lawa, kurus kering, besar, hitam... golongan seperti ini selalu jadi bahan jenaka dan mangsa buli! Tanpa kita sedar body shaming boleh memberi kesan kepada kehidupan seseorang, ada orang sampai hadapi masalah mental dan bunuh diri. ARTIKEL BERKAITAN: Terima komen biadab minta ubah imej, Vanessa Reynauld berang individu sentuh isu perkauman ARTIKEL BERKAITAN: Walau sekadar berjenaka... body shaming umpama menghina ciptaan Yang Esa! "Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas, sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu. Sejak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah. "Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni. Hey, kalau nak buat di salun mahal tau. Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya," katanya. Lagu Buat Ku Sempurna didedikasikan khas buat abangnya. Penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqiu ini berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Khamis. Enggan menjadikan hinaan itu sebagai penghalang untuk berjaya, Vanessa berkata dia sentiasa berfikiran positif dan kuat berdepan ujian berkenaan. Dia mengakui mengambil kekuatan abangnya yang menghidap sindrom down sebagai pembakar semangat untuk terus mara ke depan. Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana abang sumber keyakinan dan kesempurnaan saya VANESSA REYNAULD PENYANYI "Daripada program Ceria Popstar hingga ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar... walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. "Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya. Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia. Wajah Vanessa terpapa di papan iklan digital di New York. "Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti saya boleh sediakan keperluan abang saya. "Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dia adalah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” ujarnya. Dalam pada itu, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify. Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari ini. Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini dicipta oleh Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!