suria

Aliff Aziz tepati ramalan juara GV8, bawa pulang RM100,000

Tahniah Aliff diumum juara GV8.

MENEPATI ramalan! Penyanyi Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Aliff, 30, yang berasal dari Singapura itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni dan Shidee tersingkir, enam peserta ke final GV8

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta jangan ‘overshadow’ Aweera di konsert akhir GV8, Liza Hanim tetap akan buat yang terbaik

Pada program akhir itu, Aliff menyanyikan lagu Sampai Syurga serta duet lagu Dealova bersama Hafiz Suip.

Pusingan battle pula Aliff berentap dengan Aweera menerusi lagu Bangun.

aweeraAweera (kanan) berentap dengan Aliff di pusingan battle menerusi lagu Bangun.

Suami kepada Bella Astillah itu menunjukkan persembahan bertenaga dan konsistan sejak minggu pertama GV8 bersiaran.

Sementara itu, naib juara adalah milik Nikki Palikat yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Suki Low menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.

sukiNikki (kanan) naib juara, Suki tempat ketiga.

Tempat keempat jatuh kepada Adibah Noor, manakala kelima milik Azan Scan dan Aweera dikedudukan keenam. Masing-masing membawa pulang wang tunai, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Pentas akhir GV8 dihostkan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

adibahAzan Scan dan Adibah masing-masing bawa pulang RM20,000 dan RM15,000.

Barisan juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

Program realiti nyanyian yang bersiaran selama 10 minggu itu turut disertai kumpulan Shidee, Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak, Bandi Amuk, Saiful Apek & Yassin (SA.YA) dan Ani Mayuni.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain