suria

11 tahun Karen Kong cuba cipta nama di Hong Kong, terpaksa buat kerja pejabat untuk sara hidup

Karen mahu bukan kafe perkenal masakan Malaysia di Hong Kong.

11 tahun cuba nasib mencipta nama di bumi Hong Kong, penyanyi Karen Kong melalui banyak pengalaman sukar.

Karen mendedahkan dia terpaksa bertukar-tukar kerja demi menampung kos sara hidup yang tinggi di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Album Mandarin hadiah tahun baru Karen Kong

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah cantik isteri jadi viral, Yassin tak halang aktif media sosial - “Nikmatilah waktu sekarang ni”

“Sangat susah untuk memulakan kehidupan di sana. Saya pernah melalui waktu sukar sehingga tiada pendapatan.

"Jadi terpaksa bekerja dalam bidang pengurusan di pejabat. Sepanjang tempoh 11 tahun banyak kali saya bertukar kerja.

“Di sana rumah kecil tetapi sewanya sangat tinggi,” ujar Karen kepada mStar.

Karen ditemui ketika pulang ke Malaysia sempena majlis tayangan perdana filem Nasi Lemak 1.0 Jumaat lalu.

karen 1

Perjalanan kerjaya di Hong Kong semakin baik

Karen yang pernah mengeluarkan lagu Bahasa Melayu berjudul Cinta Hello Kitty kini bersyukur segala kesabaran dan penat lelah akhirnya mendatangkan hasil.

Dia kini sudah bernaung dengan sebuah syarikat rakaman di sana dan baru sahaja melancarkan dua single baharu.

Di sana rumah kecil tetapi sewanya sangat tinggi

KAREN KONG

PENYANYI/PELAKON

Selain itu, Karen amat berbangga apabila dianugerahkan Most Improving Artist of The Year oleh sebuah stesen radio sana.

“Syukur akhirnya saya dapat mencipta sesuatu di sana. Pengalaman sudah dan sedang banyak mengajar saya untuk terus bersabar.

“Sekarang kerjaya nyanyian semakin baik,” jelasnya.

Berkongsi pengalaman peribadi, Karen berkata dia sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka warganegara Hong Kong bernama Adam Hui.

Mereka merancang untuk membuka sebuah kafe salon dan mahu memperkenalkan masakan Malaysia.

karen 2

Memulakan perniagaan bersama suami yang boleh perkenalkan nama Malaysia di sana

“Suami saya seorang hair stylist dan ada impian mahu buka kedai sendiri, jadi kami berkongsi idea untuk buka sebuah kafe salon.

“Antara menu yang dihidangkan adalah laksa. Tidak sangka pengunjung yang datang sangat sukakannya. Saya mahu perkenalkan Malaysia kepada orang sana,” ceritanya.

Selain Karen, Nasi Lemak 1.0 turut dibintangi oleh Saiful Apek, Yassin Yahya, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Delimawati, Yumi Yong dan Sanjna Suri.

Filem arahan Namewee ini akan mula ditayangkan pada 27 Januari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Karen Kong, Nasi Lemak 1.0

Artikel Lain