PERNAH melalui episod hitam dengan pelbagai kontroversi, penyanyi Aliff Aziz menganggap kemenangannya di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sebagai lembaran baharu kerjaya seninya. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 31, berkata, dia akan kembali aktif sebagai anak seni dalam bidang nyanyian dan lakonan selepas beberapa tahun menyepi. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak Aliff Aziz anak emas Astro, asyik dapat lagu senang... Bella Astillah pula ‘panas hati’ suami dikritik ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tertekan keluarga diheret kontroversi, syukur Allah buka hati bertaubat - “Tidak tahu kebaikan apa saya pernah buat” “Seperti juga kawan-kawan yang lain, pentas GV8 ini bagaikan pengenalan semula Aliff yang baharu. “Selama ini orang hanya kenal saya dengan genre yang sama, mungkin selepas ini saya akan cuba muzik berbeza. “Saya juga akan kembali berlakon,” ujarnya kapada mStar. Persembahan memukau ketika duet bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova Melalui banyak pengalaman pahit dan manis dalam hidupnya, Aliff bersyukur apabila Tuhan mengaturkan jalan yang terbaik dalam hidupnya kini. “Apabila bercakap tentang kisah lama membuatkan saya jadi emosi. Saya telah lalui banyak perkara sebelum ini. “Saya amat bersyukur Tuhan telah susunkan satu jalan terbaik untuk saya. Mungkin malam ini rezeki saya lebih untuk bergelar juara,” ujarnya. Terima kasih kepada isteri yang sentiasa di hadapan mempertahankan saya. ALIFF AZIZ PENYANYI Sementara itu, Aliff menganggap kemenangan itu adalah dorongan daripada isterinya iaitu Bella Astillah yang menjadi tulang belakang sepanjang program itu berlangsung. Kata Aliff, dia terharu melihat Bella yang sentiasa mempertahan dirinya daripada kecaman netizen yang tidak senang dengan persembahannya. “Saya memang tidak aktif di media sosial kerana tidak mahu rasa tertekan. Terima kasih kepada isteri yang sentiasa di hadapan mempertahankan saya.. “Walau dia juga menerima kecaman, saya sentiasa ingatkan bahawa ini adalah sementara sahaja dan jangan terlalu tertekan,” jelasnya. Nikki Palikat (kanan) mendapat tempat kedua dan Suki Low ketiga di pentas akhir GV8 Aliff muncul juara GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) malam Ahad. Menerusi kemenangan itu, penyanyi lagu Sayang-Sayang ini membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi. Pada pentas akhir itu, Aliff menyanyikan Sampai Syurga serta duet lagu Dealova bersama Hafiz Suip. Pusingan battle pula Aliff berentap dengan Aweera menerusi lagu Bangun. Naib juara dimiliki oleh Nikki Palikat dan Suki Low berpuas hati dengan kedudukan ketiga. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!