PERKONGSIAN beberapa foto menunjukkan pengacara Uyaina Arshad memakai busana inspirasi Cleopatra pada majlis berinai baru-baru ini dikecam hebat dan dianggap tidak menghormati agama. Bagaimanapun, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, dengan tenang menjelaskan pakaiannya itu sudah mendapat keizinan daripada suami dan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad batalkan majlis malam berinai, pelamin hanyut dibawa banjir ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Uyaina Arshad dah ‘off market’, sah bergelar isteri Raja Syahiran "Mungkin orang tidak pernah nampak saya berpakaian begitu dan merasa pelik dengan fesyen yang saya gayakan. "Bukan pertama kali saya dikecam, malah sebelum ini ada yang lebih teruk lagi. Jadi saya okey sahaja. "Apa yang penting adalah suamidan keluarga saya tidak ada masalah tentang hal itu. Malah suami sendiri yang tapis dan approve untuk saya memakai baju begitu. Uyaina sudah lali dikecam Uyaina melangsungkan perkahwinan dengan Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu. Majlis berinai yang sepatutnya berlangsung sehari sebelum majlis nikah terpaksa di tunda ke 29 Disember lalu disebabkan bencana banjir yang berlaku. Orang yang tiada di situ tidak tahu apa yang berlaku dan mereka boleh bercakap apa sahaja UYAINA ARSHAD PENGACARA Selain busana Uyaina, kehadiran beberapa lelaki pada majlis tersebut juga menjadi persoalan. "Orang yang tiada di situ tidak tahu apa yang berlaku dan mereka boleh bercakap apa sahaja. "Tema pada malam tersebut adalah Arabian Night. Lelaki yang datang itu hanya mengangkat tandu sebagai gimik saya seorang puteri dihantar ke majlis tersebut. "Selebihnya hanya kaum wanita sahaja yang ada pada malam tersebut," jelasnya. Bahagia selepas bernikah, Uyaina berusaha lengkap diri menjadi isteri terbaik buat Syahiran Berkongsi kehidupan sebagai isteri, Uyaina memberitahu dia dalam proses membiasakan diri menjalani kehidupan berumah tangga. "Disebabkan kami sudah berkawan lama jadi rasa kekok itu mungkin senang diatasi. "Banyak perkara yang perlu saya belajar terutamanya memasak kerana suami lebih suka makan di rumah. "Saya bersyukur sudah berkahwin dan kini hidup bahagia," ucapnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!