suria

Erra Fazira dah mula ambil watak ‘mak-mak’ ada anak dewasa, tak ‘demand’ asalkan bayaran berbaloi

Erra seronok berkongsi pengalaman bersama artis baharu dalam filem

PERTAMA kali membawa peranan sebagai ibu yang mempunyai anak dewasa, pelakon Erra Fazira mengakui sudah tiba masanya untuk dia menerima watak sebegitu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, yang membawa watak itu dalam filem Kongsi Raya juga berkata, ia juga disebabkan jalan cerita dan mesej pada karya itu membuat dia tertarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira ‘upload’ foto kayuh basikal, tak peduli gosip jadi isteri kedua ahli politik - “Apa tak habis-habis cerita fasal kahwin ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina tak suka dibandingkan

"Apabila terima tawaran ini saya tidak ada masalah untuk memegang watak sebagai ibu kepada anak yang sudah dewasa kerana jalan cerita dan cara penyampaian mesej filem ini sangat menarik.

"Saya tidak pernah diberikan watak sebegini. Sebagai pelakon ini adalah satu tanggungjawab untuk saya hidupkan jalan cerita.

"Rasanya sudah tiba masa untuk menerima watak sebegitu. Namun jika terlalu kerap akan jadi bosan pula," katanya kepada mStar.

kongsi raya 1

Erra memegang watak isteri kepada Harith Iskander dalam Kongsi Raya

Erra ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Kongsi Raya di Kuala Lumpur pada Isnin.

Pelakon filem Maria Mariana itu membawa watak ibu kepada watak Sharifah yang dilakonkan oleh Qasrina Karim yang berusia 25 tahun.

Sementara itu, bercakap soal bayaran punca dia menerima watak tersebut, Erra berkata, dia tidak pernah meletakkan harga yang tidak masuk akal.

Saya tidak pernah diberikan watak sebegini. Sebagai pelakon ini adalah satu tanggungjawab untuk saya hidupkan jalan cerita

ERRA FAZIRA

PELAKON

Katanya, setiap naskhah yang diterima sudah dipertimbangkan dan berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

"Saya bukan seorang yang demanding. Apa yang penting adalah bayaran diterima berbaloi.

"Kita harus berpijak di bumi nyata. Kalau watak kecil dan minta bayaran tinggi memang tidak masuk akal.

kongsi raya 3

Barisan pelakon filem Kongsi Raya

"Dalam hal begini saya seorang yang praktikal. Jika tawaran watak yang sangat menarik tetapi harga rendah, rasa rugi juga untuk tolak," katanya.

Selain Erra, filem ini turut membaris pelakon seperti Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander dan Chew Kin Wah.

Filem arahan Teddy Chin ini menelan kos belanja hampir RM2 juta dan bakal ditayangkan pada 3 Februari di seluruh pawagam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Erra Fazira, Pelakon, Qasrina, Kongsi Raya

Artikel Lain