PERNAH beberapa kali gagal dalam perniagaan yang diusahakan, pelakon Zoey Rahman berkata dia kembali bangkit selepas menerima kata-kata semangat daripada ibu tercinta. Zoey atau nama sebenar Mohd Hairey Abdul Rahman, 37, mendedahkan dia pernah menangis di hadapan ibunya iaitu Azizah Ibrahim gara-gara bisnes dilakukan tidak mendapat sambutan. "Ramai tak tahu sebelum saya terkenal dengan perniagaan sekarang ini, saya pernah buat pelbagai bisnes lain lagi pada tahun 2016... saya pernah jumpa mak mengadu dan menangis sebab tak ada orang beli baju yang saya jual, bayangkan stok bertimbun di pejabat. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh syok sendiri beli kereta guna duit syarikat, Zoey Rahman pekakkan telinga ARTIKEL BERKAITAN: Tak takut ambil risiko, Zoey Rahman hulur sumbangan kepada penghantar makanan "Saya bawa stok baju itu dan jual di Terengganu, saya buka booth jualan di sana. Sebelum itu mak saya memang ada jual tudung di bazar Ramadan, jadi saya dapat bantu dia berniaga sekali... ada orang tanya saya tak malu ke lelaki jual tudung? Bagi saya tak perlu malu sebab kita buat benda betul, nak bantu keluarga! "Alhamdullillah, selepas melalui pelbagai dugaan, akhirnya hari ini saya dapat mengecapi kejayaan atas semangat dari ibu. Saya ingat lagi pesanan mak... butakan mata dengan halangan di depan dan pekakkan telinga dengan kata-kata cacian. Itulah penguat untuk saya terus bangkit," katanya kepada mStar. Zoey tak kedekut memberi hadiah kepada ibu dan keluarga tersayang. Dalam pada itu, pengasas produk kosmetik Mika Series ini mengakui berpuas hati apabila kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil dan dia dapat membalas semula jasa ibu dan ayahnya itu. "Dalam perniagaan ni tak boleh cepat putus asa... mungkin awalnya agak berliku tapi hujungnya pasti ada kejayaan. Ingatlah walaupun dah berjaya macam mana sekali pun, keluarga jangan lupa sebab mereka kunci kejayaan. ZOEY RAHMAN PELAKON/ USAHAWAN "Tapi ingatlah walaupun kita dah berjaya, keluarga jangan lupa sebab mereka adalah kunci kejayaan dan tulang belakang kita. "Saya sendiri sebelum ini banyak kali gagal. Apabila saya beritahu ibu dan bapa saya berjaya capai matlamat, mereka la orang paling happy mendengar berita yang kita kongsi itu," ujarnya. Sebelum ini menerusi laporan mStar pada tahun 2020, Zoey pernah menghadiahkan ibunya sebuah kondominium bernilai setengah juta ringgit. Zoey menerima banyak penghargaan atas kejayaannya sebelum ini. Pelakon drama Cik Sempurna ini bagaimanapun berkata hadiah itu tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan kasih sayang yang diberikan oleh orang tuanya itu. "Alhamdulillah saya dah belikan mak rumah sebelum ini... untuk hadiah akan datang saya tak ada perancangan lagi sebab saya pun tak tahu nak beri apa. "Rasanya dalam usia ini saya perlu bagi lebih tumpuan dan kasih sayang kepada orang tua kerana ia lebih bernilai dari harta benda. "Cuma mak ada minta menantu, selalu saja bertanya tapi saya kata mungkin Allah nak bagi saya ruang dan masa untuk bahagiakan keluarga terlebih dahulu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!