SUSULAN tindakan pelakon Nabil Huda mendakwa seorang wanita menyalah guna barang-barang mangsa banjir, aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap aktres itu. Peguam Nurul Hafidzah Hassan dalam satu kenyataan berkata, anak guamnya menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900,000. ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh wanita rembat bantuan mangsa banjir, Nabila Huda bakal berdepan saman ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Cuak tengok Nabila Huda buka langkah Muay Thai, bersungguh demi nak kurus - “Terpaksa makan sayur biarpun tak suka” “Anak guam kami tidak melakukan perbuatan seperti mana yang didakwa Nabila. “Tindakan aktres itu membuat berita palsu telah membuatkan ramai pengguna media sosial percaya dan memberi kesan kepada Fatimah,” ujarnya kepada mStar. Menurut Hafidzah, notis tuntutan telah dihantar ke Nabila pada Khamis lalu. Perkongsian Nabila menimbulkan kebencian masyarakat terhadap Fatimah Sementara itu, Hafidzah berkata Fatimah mengalami perasaan malu, tekanan emosi dan kesedihan sejak berita itu disebarkan. Anak guamnya akan memfailkan tuntutan di mahkamah sekiranya tiada sebarang permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM 900,000 atau yang setimpal. Pada 25 Disember lalu, Nabila berkongsi hantaran di media sosial mendakwa Fatimah mengambil kesempatan terhadap bantuan mangsa banjir untuk orang ramai. Anak guam kami tidak melakukan perbuatan seperi mana yang didakwa Nabila HAFIDZAH HASSAN PEGUAM Menurut kenyataan media yang dikeluarkan itu, Nabila Huda didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan. Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain. Peguam yang mewakili Fatimah (dari kiri), Hafidzah dan Zeti Zulkifli Kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media. Hantaran tersebut bagaimana pun telah dipadam oleh Nabila. Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Nabila Huda masih belum berjaya kerana aktres itu tidak menjawab pangilan telefon dan mesej yang dihantar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!