PERNAH berdepan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Adibah Noor akan menggunakan wang kemenangan Gegar Vaganza 8 (GV8) sebanyak RM20,000 itu untuk membayar hutang. Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar, 52, yang menduduki tempat keempat itu berkata, dia juga mahu menebus kembali barang kemas yang digadai ketika tempoh itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau penyanyi lain hancurkan lagu saya, pasti akak marah” - Adibah Noor akui tak hormat roh lagu Hetty Koes Endang ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz syukur Tuhan atur jalan terbaik, buka buku baharu anak seni - “Kisah lama buatkan saya jadi emosi” "Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya tidak malu mengaku tentang hal tersebut. "Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas. "Selain itu akan simpan sedikit dan jika ada lebih saya mahu bercuti rehatkan diri," ujarnya kepada mStar. Berpuas hati di tempat keempat, Adibah juga sudah jangka nama Aliff, Niiki dan Suki berada di kedudukan teratas Sebelum ini, Adibah pernah mendedahkan menjalani kehidupan sukar sepanjang tempoh PKP sehingga dia terpaksa meminjam wang dan menggadai barang kemas demi kesinambungan hidupnya. Dalam pada itu, Adibah berkata, penglibatan dalam program realiti itu mengajar dirinya untuk bersikap terbuka dan tidak cepat menilai. "Sebelum ini kata-kata saya berbisa bila menulis di media sosial. Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas ADIBAH NOOR PENYANYI "Program GV8 membuatkan saya sedar dan tidak lagi bersikap judgemental. Apa sahaja berlaku lebih baik diam dan telan sahaja. "Setiap orang ada tuntutan kerja masing-masing, biarlah mereka lakukan kerja mereka. "Selain itu GV8 juga membuka mata saya kepada netizen. Saya faham mereka hanya komen dengan apa yang dipersembahkan," jelasnya. Adibah gembira dapat menjemput Zainal Abidin untuk duet di pentas GV8 Pada konsert akhir GV8, Adibah menyanyikan lagu Seroja nyanyian asal S. Effendy dan duet bersama Datuk Zainal Abidin dengan lagu Kau Di Hatiku. Manakala pusingan battle pula Adibah berentap dengan Azan Scan menerusi lagu Kami Rappers dari 4U2C. Pada malam final itu, Aliff Aziz diumum sebagai juara, diikuti Nikki Palikat di tempat kedua dan Suki Low ketiga. GV8 bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada malam Ahad. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!