suria

Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemukan terbaring dalam bilik air

Pian mula dikenali ketika menyertai kumpulan lawak Cecupak.

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam, Rabu di kediamannya ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Menurut adik kepada Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman iaitu Hasenah, Allahyarham ditemukan terbaring dalam bilik air oleh ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pian (Cecupak) Alami Gangguan Mental Kerana Gelaran Datuk

ARTIKEL BERKAITAN: Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat kanser usus

Menurut Hasenah, arwah sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.

"Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada 10.30 malam.

"Kemungkinan besar dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Sejak dia ada masalah jantung pada 2018 sehingga kini tiada sebarang rawatan melainkan ubat.

Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot.

HASENAH

ADIK PIAN CECUPAK

"Arwah hanya makan ubat saja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada,” kata Hasenah kepada mStar.

Sebelum ini, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 kerana sesak nafas.

Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu pelawak berusia 52 tahun itu perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.

Pian 1Pian mempunyai dua orang anak.

Dalam pada itu, Hasenah memberitahu jenazah yang kini berada di kediaman ibu mereka akan dikebumikan pada Khamis sebelum Zuhur.

"Jenazah akan diuruskan di surau berdekatan rumah. Insya-Allah urusan kebumian akan dilakukan sebelum Zuhur esok. Tak pasti lagi kebumi di mana," ujarnya.

Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.

Allahyarham pernah berkahwin dan bercerai pada 2000, hasil perkahwinan itu, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain