suria

Mengaku jadi mangsa doktor palsu, Raja Ilya tanggung kesan sampingan... Mohon pihak berkuasa ambil tindakan tegas

Raja Ilya berdepan kesan sampingan selepas menerima rawatan kecantikan daripada doktor palsu.

BERITA mengenai seorang lelaki maut selepas menerima rawatan estetik daripada pakar kecantikan tidak bertauliah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah selebriti, Raja Ilya.

Berkongsi pengalamannya sebelum ini, Raja Ilya, 36, mendedahkan dia juga pernah menjadi mangsa penipuan doktor estetik palsu hingga terpaksa menanggung kesan sampingan akibat rawatan yang diterima itu.

"Serius geram bila baca berita macam ni, banyak orang di luar sana yakin, berani nak mati buat prosedur rawatan estetik tanpa lesen dan sesetengahnya ambil lesen bawah meja (secara tidak sah).

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam lupa daratan, Raja Ilya jelaskan niat buat perbandingan majlis kahwin di Malaysia dengan Australia ketika 'lockdown'

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya nafi minta ‘sponsor’ bulan madu, siap nak token RM1,000

"Memang b*** orang macam ni! Ini bukan kali pertama ada meninggal. Saya juga pernah jadi mangsa, terima kesan jangka panjang... perempuan yang menipu jadi doktor buat prosedur yang salah dan terus hilang.

"Ghaib entah ke mana! Seorang pelanggan VIP bergelar datin mati di bilik hotel sebabkan dia. Kejadian ini berlaku pada tahun 2006 hingga 2008," katanya menerusi laman Instagram pada Rabu.

raja ilya 1

Raja Ilya berkongsi pengalamannya ditipu pakar estetik palsu.

Bersama kapsyen tersebut, Ilya turut berkongsi paparan laporan berita mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang maut selepas menerima suntikan membesarkan otot pada bahagian punggung.

Dalam laporan itu, mangsa berusia 31 tahun ditemui tidak bernafas dalam sebuah bilik hotel di Perak dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang pada Isnin lalu.

Ini masanya untuk kita pandang serius isu ini kerana boleh memberi kesan sampingan seumur hidup, kecederaan dan kematian

RAJA ILYA

PELAKON

Sementara itu, Raja Ilya berkata rawatan serta pembedahan kosmetik yang dilakukan oleh doktor palsu ini boleh memberi kesan kepada pelanggan kerana mereka menggunakan bahan yang tidak disahkan oleh badan kesihatan.

Justeru itu, dia memohon pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan perniagaan ini.

raja ilya 2

Raja Ilya mahu tindakan tegas diambil terhadap doktor palsu itu.

"Ini satu penipuan terbesar! Mereka menggunakan bahan yang tak dibenarkan seperti minyak silikon dan banyak lagi. Mereka tiada kredibiliti sebagai pengamal perubatan estetik atau mereka tak ada kelayakan untuk buat pembedahan.

"Ini masanya untuk kita pandang serius isu ini kerana boleh memberi kesan sampingan seumur hidup, kecederaan dan kematian.

"Ini sesuatu yang memalukan. Saya merayu Jawatankuasa Amalan Perubatan Estetik Kebangsaan atau mana-mana jabatan lain yang berkaitan untuk mengambil tindakan dan menghentikan perbuatan ini.

"Saya tidak bercakap tentang mereka yang jual produk kecantikan dan memiliki klinik estetik yang berkelayakan kerana saya pun suka dan mereka banyak membantu saya contohnya pakar bedah plastik, Dr. Ali yang saya kenal sangat baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain