suria

Aliff Aziz bimbang video imamkan solat ganggu niat baiknya

Aliff harap foto imamkan solat jadi amal jariah untuk dikongsi kepada semua.

AMALAN berselawat sebanyak 1,000 kali sehari menjadi rahsia penyanyi Aliff Aziz mengatasi masalah gemuruh ketika berentap di pentas akhir Gegar Vaganza yg kelapan (GV8), Ahad lalu.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 31, berkata, dengan amalan itu dia berasa lebih tenang dan yakin ketika membuat persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz syukur Tuhan atur jalan terbaik, buka buku baharu anak seni - “Kisah lama buatkan saya jadi emosi”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz tepati ramalan juara GV8, bawa pulang RM100,000

“Sebenarnya ini adalah pesanan dari kawan-kawan supaya amalkan selawat selalu.

“Saya cuba habis selawat sebanyak 1,000 kali sehari, ini saya amalkan sebelum naik ke pentas.

“Mungkin nampak susah, tetapi apabila selalu diamalkan ia akan jadi biasa,” cerita Aliff kepada mStar.

Aliff diumum juara GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00 dan trofi.

aliff aziz 111

Aliff selawat 1000 kali sebelum naik pentas.

Selain itu, mengulas video viral memperlihatkan dia sedang mengimamkan solat di bilik persalinan sebelum konsert berlangsung, Aliff mengakui segan dan tidak mahu perkara itu menganggu niat baiknya untuk berhijrah.

“Saya rasa segan apabila video itu diperkatakan.

“Benar ia satu benda yang positif, namun saya bimbang jika ia mengganggu niat baik.

Kalau boleh saya mahu gunakan kemahsyuran yang dipinjamkan ini untuk sebarkan kebaikan.

ALIFF AZIZ

PENYANYI/PELAKON

“Saya harapkan ia menjadi amal jariah yang boleh saya kongsikan kepada semua,” jelasnya.

Bercerita tentang perancangan kerjaya seni, Aliff berkata, dia sudah bersedia dan tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang diberikan kepadanya.

Bagaimanapun, kata Aliff dia mahu manfaatkan peluang ini dengan menyebarkan kebaikan dan dakwah.

alif aziz 222

Kemenangan GV8 bagaikan buka buku baharu buat Aliff.

“Saya sudah berehat lama. Dengan apa yang berlaku kepada saya sebelum ini, tahun 2019 adalah waktu kegelapan saya.

“Sekarang saya kembali dan mahu gunakan masa ini sebaik mungkin untuk bekerja.

“Kemenangan ini bukan sebab saya hebat. Ini adalah susunan Tuhan.

“Kalau boleh saya mahu gunakan kemahsyuran yang dipinjamkan ini untuk sebarkan kebaikan,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Aliff Aziz, Gegar Vaganza 8, GV8

Artikel Lain