suria

Lia Aziz harap pentas ‘Big Stage 2022’ dapat kembangkan kerjaya seni, cabar diri bawa genre lain

Lia Aziz bersedia menerima komen juri dalam program Big Stage 2022.

BAKAL berentap bersama 10 lagi peserta dalam Big Stage 2022, penyanyi Lia Aziz berharap pembabitannya dalam program realiti nyanyian ini dapat membantu mengembangkan lagi perjalanan karier seninya.

Menyedari perlu bersaing dengan peserta lain yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian, Lia atau nama sebenar Nuraliah Farzana Abd Aziz, 19, berkata dia sudah bersedia untuk mencabar diri membawa pelbagai genre lagu dalam program itu.

"Sejujurnya saya memang nervous sertai program ini sebab saya antara peserta yang tak banyak pengalaman atas pentas macam lain-lain... saya baru dua tahun dalam industri, manakala mereka ada yang berpengalaman buat persembahan atas pentas dan ada juga yang pernah masuk pertandingan lain sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Kucu Kuca’ Lia Aziz sambung belajar, kejar cita-cita nak jadi guru muzik - “Struggle sikit tapi buat benda kita suka”

ARTIKEL BERKAITAN: Takut salah cakap... penyanyi baharu Lia Aziz fikir dulu sebelum kongsi di media sosial - “Komen dalam hati saja, jadi artis kena lebih berjaga-jaga”

"Sebenarnya saya pun tak jangka terpilih menyertai pertandingan ini sebab saya datang ujibakat sekali sahaja dan berjaya... jadi dah alang-alang berada di sini, saya kena yakin boleh buat yang terbaik... insyaAllah!

"Saya tak meletakkan harapan tinggi untuk menang cuma saya kena pastikan saya lakukan yang terbaik semasa konsert itu nanti.

lia 2

Lia bersedia nyanyi pelbagai genre lagu.

"Saya akui ramai yang kenal saya sebabkan satu lagu sahaja iaitu Kucu Kuca, jadi pasti ada yang ingat saya hanya mampu bawa lagu-lagu rancak dan happy macam itu sahaja... sekarang adalah masa untuk saya cabar diri bawa pelbagai genre lagu dalam pertandingan ini," katanya kepada mStar.

Masih bergelar pelajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Lia berkata dia tiada masalah untuk membahagikan masa sepanjang menyertai Big Stage 2022.

Dua bulan ni tak ada kelas sebab kami semua tengah cuti semester, jadi tak menganggu pun penyertaan saya.

LIA AZIZ

PESERTA BIG STAGE 2022

"Ya saya masih lagi belajar di Aswara... cuma dua bulan ni tak ada kelas sebab kami semua tengah cuti semester, jadi tak menganggu pun penyertaan saya dalam Big Stage 2022.

"Selepas habis cuti semester barulah kelas bersambung seperti biasa. Memang tak ada masalah untuk saya bahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian.

"Memandangkan dua-dua saya minat, jadi saya sendiri kena bijak seimbangkan. InsyaAllah kalau kita buat benda kita minat, kita akan seronok dan tak rasa ia sebagai satu beban," ujarnya.

lia 4

Lia teruja tunjuk bakat dalam program Big Stage 2022.

Selain Lia, 10 lagi peserta ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Syafiq Abdilah dari Brunei dan Tegar Septian (Indonesia).

Big Stage 2022 menampilkan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Ajai sebagai juri tetap.

Program ini turut mengekalkan pelakon dan pengacara Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara.

Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 6 Febuari depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Lia Aziz, Big Stage 2022, Kucu Kuca, Astro

Artikel Lain