TINDAKAN usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik foto dan video bersama seorang gadis di laman Instagram mengundang pertanyaan netizen yang mahukan kepastian adakah benar dia kini sudah menemui cinta baharu di Indonesia. Tampil menjawab persoalan itu, Iqbal, 27, menjelaskan dia kini sedang mengenali seorang wanita yang juga merupakan penyanyi sedang meningkat naik di negara seberang bernama Indah Nevertari. Kata Iqbal, hubungan mereka mula akrab sejak dua minggu lalu dan mengakui selesa bersahabat dengan juara program realiti nyanyian Rising Star Indonesia musim pertama itu. ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal akhirnya menyesal, mengaku cipta kontroversi demi nama... Campak duit jadi kesilapan paling besar ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal intai peluang taja ‘Gegar Vaganza’ musim depan... Mahu bawa kelainan 200 peratus "Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya. "Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan. Iqbal selesa berkawan dengan Indah. "Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga... buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini," katanya kepada mStar. Sebelum itu menerusi Instagram milik Indah, penyanyi itu meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang baik dan memahami perjuangannya dalam industri seni. Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN "Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Innev (nama panggilan Indah) dengan seseorang yang sangat baik, rendah diri dan memahami setiap perjuanganku. "Aku berjanji akan selalu membuatkmu gembira. Terima kasih kamu yang tampan Iqbal," tulis Indah. Iqbal berada di Indonesia bagi urusan kerja sejak dua bulan lalu. Sementara itu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini memberitahu dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi berusia 29 tahun itu. "Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama. "Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat... Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda. "Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!