suria

AME 2021 ditunda gara-gara kes Covid-19 meningkat

AME 2021 yang sepatutnya berlangsung Ahad ini terpaksa ditunda.

ANUGERAH Meletop ERA 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada malam Ahad terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Stesen televisyen Astro dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat dan membimbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: AME 2021 gugurkan kategori Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP, perkenal 3 kategori baharu untuk BBNU

ARTIKEL BERKAITAN: Elak rungutan pemenang wajah sama setiap tahun, kategori utama AME 2021 akan diadili juri

“Melihat pada jumlah kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Astro sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab, dengan berat hatinya mengumumkan bahawa kami mengambil keputusan untuk menangguhkan penganjuran Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) yang dirancang pada 30hb Januari 2022, ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Astro sentiasa menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan setiap mereka yang terlibat dengan mana-mana produksi terbitan kami.

“Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berwajib sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujarnya.

ame 2021

Antara artis yang bakal membuat persembahan di AME 2021.

Selain itu, pihaknya, akan terus mengambil langkah-langkah proaktif bagi melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh ke atas semua yang terlibat sebelum bermula mana-mana program terbitan Astro.

“Sebelum acara berlangsung, berdasarkan pemeriksaan pra saringan kesihatan ke atas kesemua yang bakal menyertai produksi AME2021, sejumlah individu telah dikenal pasti perlu dikecualikan, termasuk mereka yang harus menjalani proses kuarantin kendiri dalam tempoh waktu seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walaupun mereka telah dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, kami tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga, dan tidak ingin mengambil sebarang risiko berkenaan dengan keselamatan mana-mana pihak memandangkan statistik harian semakin meningkat," ujarnya.

nabil

Nabil dan Jihan pengacara AME 2021.

Justeru itu, mereka turut memohon maaf kepada semua yang terlibat terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan ini.

AME 2021 sepatutnya bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Untuk rekod, kes jangkitan virus Covid-19 menunjukkan peningkatan beberapa hari ini dan pada Sabtu angka mencecah 5,139.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain