suria

Bukan setakat ketat, rupa-rupanya Ayu Damit pakai seluar koyak! Terpaksa sorok takut orang nampak

Ayu terima teguran dengan hati terbuka

MELALUI banyak dugaan dan kontroversi sejak kebelakangan ini sehingga menjadi buah mulut orang, penyanyi Ayu Damit dinasihatkan supaya berehat daripada dunia seni.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Norayu Damit, 33, ini mahu mengambil kesempatan atas apa yang terjadi demi merancakkan lagi kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat amaran disihir, kerap mimpi ular... Ayu Damit dinasihatkan ‘pagar’ rumah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa tergamak pakai macam tu?” - Netizen pula rasa malu tengok Ayu Damit berseluar ketat, tak selari imej bertudung

“Apabila banyak sangat cerita tak elok timbul, ada yang nasihatkan saya supaya perlahankan kerjaya.

“Tapi bagi saya apabila ada cerita sebegini, lebih baik teruskan. Apa yang dah berlaku adalah kisah benar dan saya bukan sengaja nak cipta content.

ayu damit 2

Imej Ayu dalam sebuah majlis baru-baru ini menjadi bualan ramai.

“Biarlah orang sedar artis ini juga adalah manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan,” ujar Ayu kepada mStar.

Terdahulu heboh diperkatakan kisah Ayu mengalami mimpi pelik dan berkemungkinan terkena sihir.

Kemudian timbul pula isu Ayu berpakaian ketat ketika membuat persembahan di sebuah majlis.

Malah persembahan tarian yang mengiringi Ayu juga dikecam oleh netizen.

Apa yang penting saya tahu niat saya untuk bekerja.

AYU DAMIT

PENYANYI

“Pengguna media sosial sekarang semakin meluas. Mereka akan bercakap apa sahaja dan ada kalanya menimbulkan isu yang tidak perlu.

“Apa yang penting saya tahu niat saya untuk bekerja,” jelasnya.

Menjawab kritikan berpakaian ketat baru-baru ini, kata Ayu itu adalah disebabkan masalah teknikal yang berlaku sebelum membuat persembahan.

Dalam masa masa Ayu berterima kasih kerana sebalik setiap kecaman, masih ada yang sudi menegur secara baik supaya dia dapat memperbetulkan kesilapan.

ayu damit 3

Sebagai manusia biasa, Ayu juga tidak lari dari melakukan kesilapan

“Memang ada masalah teknikal sedikit ketika itu dan seluar yang saya pakai terkoyak. Namun saya cuba sorok sebaik mungkin agar tidak kelihatan.

“Saya terima segala teguran dengan terbuka. Terima kasih atas setiap komen yang membuatkan saya sedar akan kesilapan tersebut.

“Pastinya ia akan menjadi pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain