PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini akibat pandemik Covid-19 sejak tahun 2020 memberi banyak hikmah kepada pelakon Nad Zainal. Menurut Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, sepanjang tempoh sukar itu dia dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan berehat menanti kelahiran cahaya mata kedua. Meskipun timbul kebimbangan kerana tidak boleh keluar bekerja, Nad berkata dia memandang hal itu dari sudut positif. ARTIKEL BERKAITAN: Seronok besarkan dua anak, Nad Zainal bertuah dapat suami banyak membantu ARTIKEL BERKAITAN: Penat berebut ‘register’ macam orang lain, Nad Zainal bengang tiba-tiba dituduh beli vaksin "Jujur saya cakap, pandemik ini sebenarnya mengajar kita untuk menghargai benda depan mata... kalau dulu selalu sibuk sampai kadang-kadang nak luangkan masa dengan keluarga pun susah. "Tapi disebabkan pandemik ini, saya dapat lebihkan masa dengan keluarga memang seronok sangat. Lagi pula ketika itu saya sarat mengandung, bersalin dan kemudiannya berpantang. Nad bersama suami dan dua anak mereka. "Walaupun ada sedikit kerisauan memikirkan bila pandemik ni nak habis dan emosi pun bercampur baur kerana tak boleh nak bekerja, tapi saya cuba positifkan diri dan anggap ada hikmah atas apa yang terjadi," katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi Instagram pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini berkongsi rakaman video memaparkan momen menarik kehidupannya bersama keluarga sepanjang dua tahun berdepan pandemik. Tak boleh nak digambarkan betapa seronoknya dapat bertemu semula kawan-kawan yang dah lama tak jumpa! NAD ZAINAL PELAKON "Inilah momen yang Nad akan simpan sampai bila-bila. Setiap saat bersama keluarga tak boleh dibeli dengan wang ringgit," tulisnya pada ruangan kapsyen. Selepas beberapa bulan berkurung di dalam rumah kerana PKP dan berpantang anak kedua, Nad meluahkan rasa syukur akhirnya dapat kembali semula ke set penggambaran. "Sejujurnya memang happy apabila dibenarkan bekerja semula, hati ni terlalu rindu nak masuk set penggambaran tapi dalam masa sama kita kena akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Nad (kanan) seronok dapat kembali bekerja dan berjumpa semula rakan-rakan. "Apabila dapat bekerja semula saya rasa lebih menghargai pekerjaan kita ini, memang buat sehabis baik, all out sebab dah terlalu lama kita terperuk di rumah. "Tak boleh nak digambarkan betapa seronoknya dapat bertemu semula kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Mereka ini pun sebahagian keluarga saya," ujarnya. Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim kini berusia enam tahun dan Budi Kalsom yang dilahirkan pada 30 Mac tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!