suria

Nabila Razali positif Covid-19 kali kedua, mohon maaf terpaksa batal kerja 10 hari

Nabila dijangkiti wabak Covid-19 buat kali kedua.

BERITA sedih buat pelakon dan penyanyi Nabila Razali apabila memaklumkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 buat kali kedua pada Jumaat.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali memberitahu dia terpaksa menangguh dan membatalkan kerja sepanjang tempoh 10 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wartawan cilik Bukit Selambau rupa-rupanya peminat ‘cumi-cumi’, tergamam dapat video call daripada Nabila Razali!

Penyanyi berusia 29 tahun ini juga memohon maaf kepada semua pihak penganjur dan sesiapa yang terkesan dengan berita tersebut.

Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala.

NABILA RAZALI

PELAKON & PENYANYI

"Assalamualaikum WBT, dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid19 buat kali yg kedua.

"Banyak kerja terpaksa saya tangguh/ batal untuk 10 hari mendatang. Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yg terkesan dgn berita ini.

"Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys and it’s still out there. Stay safe," katanya.

Nabila 1

Nabila kongsikan perkara itu di Instagram.

Untuk rekod, Nabila pernah disahkan positif Covid-19 sekitar April tahun lalu.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Rata-rata peminat serta rakan selebriti mendoakan agar pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu segera sembuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain